10 Tips Berjimat Ketika Travel Yang Ramai Abaikan
Berjimat ni bukan sahaja pada keperluan tetapi juga pada kemahuan. Jadi bila nak bercuti pasti memakan kos yang banyak. Lebih-lebih lagi jika bercuti bersama keluarga dan destinasi yang dituju jauh.
Mungkin sesetengah jenis orang tak kisah dengan perbelanjaan ketika bercuti. Alasannya ‘reward yourself’. Namun, ada pula sesetengah orang tidak berapa berduit memilih untuk berjimat.
Sebabnya apa yang penting diakhir percutian adalah pengalaman, kenangan dan memori terindah bersama rakan atau keluarga semasa cuti.
Di dalam artikel kali ini kami nak kongsikan kepada pembaca bagaimana anda boleh berjimat tidak kira anda bercuti di dalam ataupun di luar negara. Tersukan membaca tips di bawah ini:
1 – Sediakan Dan Tepati Itinerari Yang Dibuat
Itinerari adalah perancangan jadual anda semasa bercuti bermula dari hari pertama hingga hari terakhir. Di dalam itinerari perlu disertakan perincian seperti aktiviti, tempat lawatan, pengankutan, penginapan, masa, kos perjalanan, kos makan, dan pelbagai lagi kos.
Jadi dengan adanya itinerari ni, kemungkinan kos perjalanan sebenar anda tidak akan melebihi dari kos anggaran, malah mungkin lebih murah. Namun perlu diingat, itinerari ini jika tidak ditepati mungkin anda membuatkan perbelanjaan anda melebihi dari kos anggaran.
1 – Pilih Tempat Penginapan Yang Dekat Dengan Kawasan Lawatan
Antara salah satu cara untuk berjimat adalah dengan kurangkan kos pengangkutan. Jadi bagaimana untuk kurangkan kos ini? Jawapannya ialah dengan memilih tempat penginapan yang berdekatan dengan tempat lawatan di kawasan anda bercuti.
Daripada perlu sewa motosikal atau kereta, anda hanya perlu berjalan kaki sahaja. Namun, untuk mendapatkan tempat penginapan yang strategik ini memerlukan kesabaran semasa kajian anda di internet.
3 – Pilih Tempat Penginapan Yang Murah
Sebenarnya poin ini adalah bergantung kepada jenis percutian anda. Jika percutian anda memang tidak banyak berjalan ke tempat-tempat khusus, jadi penginapan yang selesa dan sedikit mahal ada lebih berbaloi.
Namun jika anda bercuti lama semestinya masa lebih terluang di luar. Jadi kenapa perlu membayar lebih hanya sekadar untuk tidur dan membersihkan diri. Dan jangan lupa untuk membuat perbandingan harga di laman sesawang seperti Booking.com, Agoda, Trivago dan pelbagai lagi.
4 – Tempah Awal
Dari tiket pengangkutan, penginapan sehingga ke tiket lawatan, anda perlu membuat tempahan awal. Kelebihan dengan menempah awal adalah anda boleh dapat penjimatan yang banyak. Ini kerana ada sesetengah syarikat menawarkan tawaran murah pada kuantiti yang terhad.
Logiknya di sini, jika sesuatu tawaran itu disediakan dalam kuantiti yang terhad dan permintaan yang tinggi pasti cepat habis dijual. Jadi pastikan anda orang yang terawal sebelum harga menjadi mahal.
5 – Beli Tiket Semasa Promosi
Selain daripada penginapan, antara perkara yang paling menyumbang kos ialah tiket. Tiket bermaksud di sini termasuk tiket lawatan, tiket pengangkutan seperti bas, teksi, grab, kapal terbang dan lain-lain lagi.
Jadi untuk mendapatkan penjimatan daripada tiket ini anda perlu rajin membuat kajian di internet mencari harga promosi. Antara platfrom yang anda boleh gunakan untuk tiket lawatan adalah klooks. Untuk tiket penerbangan pula anda boleh gunakan kiwi.com ataupun skyscanner.
Selain itu anda boleh hidupkan ‘notification alert’ untuk pastikan anda sentiasa peka apabila syarikat penerbangan seperti AirAsia, Malaysia Airlines adakan promosi. jadi bila ada FREE SEAT dari Air Asia, dan promosi lain anda boleh grab awal sebelum tiket habis dijual.
6 – Kad Pelancong
kad pelancong ini sangat berguna dan memberi penjimatan kepada pemakainya. Kenapa? Ini disebabkan kad ini sememangnya dicipta untuk pelancong untuk menerokai sesuatu tempat. Sebagai contoh di Malaysia ada KL Pass dan Singapura pula ada Singapore Tourist Pass.
Kelebihan kad pelancongan ini ialah anda bakal dapat harga diskaun dari tiket lawatan, pengangkutan awam dan lain-lain lagi bergantung kepada terma dan syarat tempat yang anda lawati. Tapi tak semua negara memberikan perkhidmatan ini.
7 – Aplikasi Shopback
Di zaman teknologi yang serba canggih ini, pelbagai aplikasi yang dicipta untuk pengguna telefon pintar bagi memudahkan dan memberi kelebihan kepada pengguna. Malah aplikasi ini adalah percuma!
Bagaimana aplikasi ini dapat memberi penjimatan kepada ada? Jika anda membuat pembelian di Lazada, Shopee, Klooks ataupun booking.com melalui aplikasi Shopback, sebenarnya anda bakal mendapat cashback. Sebagai contoh, anda perlu bayar RM1000 satu malam untuk penginapan hotel di booking.com dan cashback nya ialah 10%, jadi anda bakal dapat semula duit anda RM100. Best kan!
8 – Masak Sendiri
Poin ini juga bergantung kepada anda. Jika anda seorang yang suka mencuba makan masakan tempatan, pilihan untuk masak sendiri boleh diabaikan. Ini kerana makan masakan tempatan juga adalah salah satu cara untuk menikmati percutian anda.
Namun jika anda seorang yang bercuti lama atau bercuti di negara yang matawang nya tinggi, mungkin makan diluar bakal meningkatkan kos perbelanjaan anda ketika bercuti.
Dan bagi yang beragama Islam pula, agak sukar untuk mencari makanan yang halal lebih-lebih lagi bercuti di luar negara, jadi memasak dapat menjimatkan malah dapat makanan yang halal dan sedap mengikut cita rasa anda sendiri.
9 – Bercuti Dengan Kumpulan
Bercuti dengan kumpulan bersama-sama famili, kawan atau ‘travel buddy’ boleh buatkan anda jimat untuk kos perjalanan seperti sewa supir, sewa kenderaan dan juga kos penginapan.
Di Indonesia contoh nya, kebanyakan tempat-tempat menarik di sana agak jauh antara satu sama lain, jadi anda memerlukan penyewaan kenderaan dan supir. Jika kos 1 hari sewa RM100 untuk 4 seater, anda hanya perlu membayar RM25 seorang jika travel bersama 4 orang.
10 – Utamakan Aktiviti Percuma
Tak semua tempat tumpuan pelancong percuma, tetapi anda boleh utamakan aktiviti dan tempat lawatan yang percuma. Dan jika anda bijak, anda boleh bertanyakan kepada penduduk tempatan di manakah tempat-tempat menarik yang murah dan percuma.
Bagaimana dengan tips kali ini? Adakah membantu anda untuk membuat keputusan semasa bercuti nanti? Anda ada tips tambahan? kongsikan kepada kami diruangan komen.