Baucar Buku Semarak Membaca 2022 : Diskaun Pembelian Buku RM10

baucar buku semarak membaca 2022

Tebus Baucar Buku Semarak Membaca 2022 di 170 kedai-kedai buku terpilih seluruh Malaysia. Anda boleh mendapatkan baucar tersebut secara berperingkat bermula 1 sehingga 11 April 2022 mengikut lokasi tertentu.

Sebanyak 200 syarikat e-dagang ada menawarkan tebusan dengan pembelian minima RM20.

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang Baucar Buku Semarak Membaca 2022 untuk makluman bersama.

Apakah Baucar Buku Semarak Membaca 2022?

Baucar Buku Semarak Membaca adalah inisiatif di bawah Program Semarak Seni Budaya oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Perpustakaan Negara Malaysia dan rakan-rakan industri buku Malaysia.

Ia bertujuan untuk memulihkan serta merancakkan ekosistem seni, budaya dan warisan yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.

Objektif Baucar Buku Semarak Budaya Membaca ini adalah seperti berikut:

  • Membantu memulihkan dan merancakkan industri buku tempatan.
  • Memberi insentif dan galakan kepada pembaca untuk membeli buku.
  • Menambah bilangan pendaftaran baharu keahlian u-Pustaka.

Terma & Syarat

  • Perbelanjaan minimum RM20 ke atas dalam satu resit
  • Memanfaatkan 190,000 penerima
  • Penerima secara automatik berdaftar sebagai ahli u-Pustaka dan layak akses bahan bacaan digital secara percuma
  • Tempoh penebusan baucar : 1 April – 31 Ogos 2022
blank

Cara Tebus

Berikut dikongsikan cara penebusan secara online dan secara fizikal:

Penebusan Secara Fizikal

Sebanyak 170 kedai buku terpilih dari seluruh pelusuk negara mengambil bahagian dalam program ini. Para pembaca boleh dapatkan diskaun RM10 secara terus di kedai-kedai buku ini secara berperingkat bermula 1 sehingga 11 April 2022 mengikut lokasi-lokasi tertentu.

Senarai kedai-kedai buku tersebut boleh didapati di sini: https://semarakmembaca.com/bbsm-kedai-fizikal/

Penebusan Secara Online

e-Sentral merupakan sebuah stor e-buku terbesar di Asia Tenggara yang dihasilkan oleh syarikat tempatan.

Sehingga tahun 2022, eSentral mempunyai lebih 700,000 pengguna dengan menawarkan lebih 250,000 koleksi judul dari penerbit dan penulis dalam dan luar negara.

Pengguna kini boleh mendapatkan bahan bacaan digital mereka dimana sahaja, pada bila- bila masa sejajar dengan era norma baharu.

Anda hanya perlu muat turun aplikasi pembaca eSentral yang terdapat di Google Playstore atau Appstore untuk mula membaca. Selamat membaca! 

Muat turun apps reader eSentral dari:

Tebus baucar bernilai RM 10 dengan setiap pembelian eBuku khusus daripada penerbit tempatan bernilai RM 20 dan ke atas bersempena dengan kempen Semarak Membaca 2022.
TEBUS DI SINI

blank

Anda juga boleh menebus baucar bernilai RM10 dengan setiap pembelian eBuku khusus daripada penerbit tempatan bernilai RM 20 dan ke atas di e-Sentral.

Tiada masa untuk ke kedai buku fizikal? Kini anda boleh menebus Baucar Buku Semarak Membaca di Shopee!

Pautan Shopee: https://semarakmembaca.com/bbsm-shopee/

Maklumat Lanjut

  • Tel: +603-7880 5840
  • Fax: +603-78805841
  • E-mel: [email protected]
  • Facebook: SemarakMembaca
  • Instagram: SemarakMembaca


Untuk mendapatkan senarai kedai-kedai buku terpilih, sila layari www.semarakmembaca.com

Baca juga: