in

Promosi RM1 Di Hotel Seri Malaysia. Tempah Sebelum 31 Disember!

hotel seri malaysia rm1
ADVERTISEMENT

Promosi RM1 Hotel Seri Malaysia sedang berlangsung sehingga 31 Disember 2020 ini.

Tentunya ini satu berita baik bagi yang dah tak sabar nak bawa anak bercuti, lebih-lebih lagi setelah lama terkurung dalam tempoh PKPB tempoh hari.

Ramai yang dah rentas negeri dan balik kampung sempena kebenaran rentas daerah / negeri ni kan?

Pakej Promosi RM1 Hotel Seri Malaysia

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui rangkaian Hotel Seri Malaysia menawarkan promosi bilik dengan hanya RM1 untuk penginapan malam kedua bagi setiap tempahan penginapan malam pertama pada kadar RM188.

MOTAC, dalam satu kenyataan, berkata pakej promosi hotel di bawah kementerian berkenaan, sedang berlangsung dan akan berakhir 31 Disember ini dengan tertakluk kepada terma dan syarat.

Baca juga: Cara ‘Claim’ KFC Birthday Voucher Untuk Yang Lahir Bulan Disember

hotel seri malaysia rm1

Pakej Merangkumi Sarapan & Pelbagai Kemudahan Lain

“Pakej termasuk sarapan pagi untuk dua orang dan potongan 20 peratus untuk jumlah keseluruhan bil makan dan minum. Dengan hampir 2,000 bilik penginapan di 21 lokasi strategik seluruh negara, Hotel Seri Malaysia menawarkan pelbagai kemudahan seperti bilik penginapan, kolam renang, bilik mesyuarat, WiFi dan aktiviti rekreasi.

“Selain itu, Kafe RASA RASA Seri Malaysia yang menampilkan konsep moden dan sentuhan chef selebriti tempatan untuk memberi keselesaan dan kelainan kepada pengunjung dengan harga yang berpatutan,” menurut kenyataan itu hari ini.

ADVERTISEMENT

Mengulas perkara itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, promosi RM1 Hotel Seri Malaysia itu adalah inisiatif hotel berkenaan untuk menggalakkan percutian dalam negara dengan amalan norma baharu seiring dengan Kempen Penyemarakan Pelancongan Domestik yang dilancarkan oleh kementerian sebelum ini.

Hotel Seri Malaysia sentiasa mengutamakan kesihatan, kebersihan pengunjung dan persekitaran sebagai objektif utama dalam operasi perhotelan dengan memastikan prosedur operasi standard pencegahan COVID-19 dilaksanakan dengan ketat di semua premisnya, menurut kenyataan itu.

Baca juga: Promo AirAsia Dari RM12 Sehala Mulai 7 Disember & Senarai Destinasi

Hotel Seri Malaysia Kulim / Foto Kredit: Booking.com

Maklumat Lanjut

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung promosi itu di talian 03-2299 777 atau e-mel kepada [email protected] manakala tempahan bilik boleh dibuat terus di mana-mana cawangan Hotel Seri Malaysia atau melalui [email protected]ia.com.my.

Untuk melihat senarai cawangan Hotel Seri Malaysia di seluruh negara, sila rujuk laman web rasmi Rangkaian Hotel Seri Malaysia di SINI: https://www.serimalaysia.com.my/

Apa kata kita serbu promosi RM1 Hotel Seri Malaysia yang ditawarkan oleh MOTAC ni?

*Sumber: BERNAMA / Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

rumah mampu biaya johor

Cara Mohon Rumah Mampu Biaya Johor – Serendah RM42,000 (Teres 2 Tingkat)

menara KL tiket percuma

Menara KL Tawar 100 Tiket Percuma Setiap Hari, Diskaun 50%