Promosi Snack Plate KFC ‘2 For RM20’ (16-18 Ogos 2021)
Hi semua, promosi KFC ‘2 for RM20’ kini kembali!
Dengan tawaran ini, anda boleh mendapatkan 2 Snack Plate (4 ketul ayam, 2 mashed potato, 2 coleslaw & 2 bun) hanya dengan harga RM20 sahaja.
Memang jimat kan?
Pembelian istimewa ini hanya boleh dibuat secara pra-beli selama 3 hari, iaitu dari 16 Ogos hingga 18 Ogos 2021.
So, jangan lupa save the date ok!
Baca terma & syarat serta cara membuat pembelian di bawah:
Promosi KFC Snack Plate ‘2 For RM20’
Jangan lupa baca terma & syarat berikut untuk mendapatkan promosi KFC 2 For RM20:
- Promosi TIGA (3) hari ini hanya boleh pra-beli dari 16 – 18 Ogos 2021
- Promosi ini hanya untuk KFC Delivery dan KFC Self Collect
- Setiap pembelian akan menerima kod promosi dengan tarikh penebusan yang ditetapkan
- Pra-beli pada 16 Ogos 2021, tebus pada 23 – 27 Ogos 2021
- Pra-beli pada 17 & 18 Ogos 2021, tebus pada: 6 – 10 September 2021
- Kod promo mesti digunakan untuk menebus promosi ini dan tidak boleh dipindah milik
- Terhad penebusan 1 set “2 Snack Plate” di dalam satu transaksi sahaja
- Terhad kepada 3 set “2 Snack Plate” untuk setiap pengguna berdaftar
- Pesanan Delivery tertakluk pada caj penghantaran RM4
- Promosi tidak sah di restoran atau pusat panggilan
- Harga adalah termasuk Cukai Perkhidmatan 6% pada yang berkenaan
- Hidangan yang ditunjukkan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja
- Tertakluk pada Terma dan Syarat.
Baca juga: Tiket Malaysia Airlines Serendah RM89 Untuk Individu Lengkap Vaksinasi
Cara Membuat Pembelian
Beli secara online di kfc.com.my/2for20
- Anda akan menerima e-mel mengandungi promo kod untuk penebusan, contohnya:
- Jika anda membeli 3 e-baucar untuk Delivery dalam satu transaksi, anda akan menerima e-baucar yang mengandungi 3 promo kod. Setiap promo kod hanya boleh ditebus sekali sahaja.
- Jika anda membeli 2 e-baucar untuk Delivery dan 1 e-baucar untuk Self Collect secara berasingan, anda akan menerima 1 e-mel untuk e-baucar Delivery dan 1 e-mel untuk e-baucar Self Collect. E-baucar Delivery anda akan mengandungi 2 promo kod manakala e-baucar Self Collect anda akan mengandungi 1 promo kod. Setiap promo kod hanya boleh ditebus sekali sahaja.
- Anda juga boleh semak promo kod anda di laman “Bucketful of Deals” di KFC.com.my atau Aplikasi KFC.
- Lihat icon di sudut kanan atas skrin anda
- Klik Delivery atau Self Collect, mengikut kaedah penebusan e-baucar anda
- Kemudian klik e-baucar yang ditertera untuk semak kuantiti dan tempoh penebusan e-baucar anda.
- E-baucar yang telah ditebus habis atau luput tidak akan tertera lagi.
Rujuk maklumat selanjutnya di laman web KFC Malaysia: https://kfc.com.my/content/2for20
Baca juga: Tarikh Bayaran BPR Fasa 3 (Kategori Bujang & Keluarga)