Laung ‘Merdeka!’ 3 Kali Untuk Dapat Burger Percuma Di Semua McD Esok
PROMO MCD MERDEKA: BURGER MCCHICKEN PERCUMA DI SEMUA RESTORAN MCDONALDS PADA 31 OGOS 2021
Pada 31 Ogos, McDonald’s Malaysia menyediakan 60,000 burger McChicken secara percuma kepada pelanggan yang mengibarkan Jalur Gemilang di kenderaan mereka sebagai tanda semangat kemerdekaan.
Ketika membeli makanan, laungkan “MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA!” di kaunter pengambilan Drive-Thru untuk menuntut McChicken percuma sempena.
MERDEKA CHANT 60,000 MCCHICKEN GIVEAWAY
Hanya lakukan 3 langkah ini untuk mendapatkan burger McChicken percuma di mana-mana outlet McDonald’s Malaysia:
- Pergi ke mana-mana restoran Drive-Thru McDonalds pada 31 Ogos 2021
- Kibarkan bendera Malaysia
- Laungkan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! (3 kali) di kaunter pesanan.
Jadi jangan lupa beratur awal-awal esok untuk dapatkan burger McChicken percuma di semua restoran Drive-Thru McDonalds Malaysia ya!
NOTA:
- Tawaran ini terhad kepada 300 kereta pertama di setiap restoran.
- Terhad 1 McChicken untuk setiap kenderaan.
Baca juga: Potongan Diskaun 31% Starbucks Sempena Hari Merdeka 2021 (30 Ogos – 3 Sept)
Lain-lain Tawaran Merdeka McD 2021
Selain mendapatkan Mc Chicken percuma, anda juga boleh menikmati tawaran istimewa ini sempena Hari Merdeka ke-64 Malaysia esok.
Antara promosi tawaran terhad adalah 9 ketul McNugget dengan harga RM6.40 (harga asal RM12.30).
Selain itu, anda juga boleh mendapatkan set famili dengan harga serendah RM39.99 sahaja!
Menarik kan?
Sila rujuk laman web McDonald’s Malaysia untuk maklumat lanjut tentang Drive-Thru Carnival | McDonald’s Malaysia (mcdonalds.com.my).
- Facebook : https://www.facebook.com/My.McDonalds/
- Instagram : www.instagram.com/mcdonaldsmalaysia
- YouTube : www.youtube.com/mcdonaldsmalaysia
Selamat Hari Merdeka Malaysia!
Baca juga: Domino’s Vaccination Offer Dilanjutkan Ke 19 Sept: 2 Pizza RM19 Je!