Cuti Paterniti 7 Hari, Cuti Bersalin Dinaikkan Kepada 98 Hari
Dewan Rakyat telah meluluskan pindaan Akta Kerja 1955 (Akta 265), antara lain mencadangkan agar cuti paterniti dinaikkan daripada tiga kepada tujuh hari, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim pada 21 Mac 2022.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, pindaan ini bertujuan memberi ruang kepada pekerja lelaki yang isterinya bersalin supaya dapat menguruskan kelahiran anak dalam tempoh yang mencukupi.
Menurut beliau, pemberian cuti paterniti amat penting bagi menenangkan emosi isteri yang masih belum stabil, selain peranan penting yang dimainkan sebagai suami atau bapa yang bertanggungjawab untuk menjaga keluarga.
“Kementerian Sumber Manusia berpandangan adalah wajar pekerja lelaki yang berkahwin diberikan cuti paterniti supaya mereka dapat bersama-sama isteri menyambut kelahiran anak, menjaga isteri yang baru bersalin dan bayi yang baru dilahirkan serta menyelesaikan urusan tertentu seperti urusan pendaftaran anak,” katanya menerusi laporan oleh Utusan Malaysia.
Akta Kerja atau Akta 265 digubal bagi memberi perlindungan dan kebajikan kepada golongan pekerja melalui penetapan terma-terma dan syarat-syarat pekerjaan minimum, berkuat kuasa di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Berikut dikongsikan infografik berkenaan cuti paterniti yang telah diluluskan oleh Kerajaan.
CUTI PATERNITI 7 HARI DILULUSKAN
Cuti paterniti, iaitu cuti bersalin khas untuk golongan lelaki (suami) ini diberikan kepada pekerja lelaki yang sudah berkahwin dan tidak terhad untuk satu isteri sahaja.
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang diumumkan untuk cuti ini untuk golongan suami:
- Cuti ini hanya untuk pekerja lelaki yang sudah berkahwin dengan pasangannya
- Pekerja lelaki telah bekerja 12 bulan dengan majikan yang sama dan memaklumkan kepada majikan 30 hari sebelum isteri bersalin.
- Cuti ini boleh diambil mulai dari hari isteri bersalin.
Sumber: BERNAMA, Utusan Malaysia
Baca juga: