‘Remaja 13 Tahun Bertukar Gambar Tidak Berpakaian, Siap Sembang Nak Buat Anak’
Dalam arus kemajuan teknologi, rata-rata kebanyakan ibu bapa kini telah memberi anak-anak akses terhadap telefon pintar atau gajet.
Ia bukan sekadar hiburan, bahkan juga menjadi keperluan terutamanya jika perlu berhubung dengan keluarga.
Namun, sekiranya penggunaannya tidak dipantau dan disalahguna, ia tentunya boleh mendatangkan masalah dan kesan yang serius kepada anak-anak, lebih-lebih lagi golongan remaja.
Dalam sebuah hantaran terkini, seorang pemilik rumah kebajikan, Baitus Solehah, yang dikenali sebagai Mak Liza, telah berkongsi bagaimana remaja perempuan berusia 13 tahun begitu ‘berani’ untuk bertukar gambar tidak berpakaian dengan teman lelakinya.
Dalam hantaran itu, beliau menyeru ibu bapa agar memantau penggunaan telefon pintar anak-anak kerana ia boleh menjerumuskan mereka ke arah gejala sosial yang lebih serius, seterusnya menjadi punca remaja bawah umur mengandung.
Semoga perkongsian ini menjadi pengajaran buat kita semua, khususnya ibu bapa.
Ikuti perkongsian beliau selengkapnya di sini:
Remaja perempuan 13 Tahun bertukar gambar bogel dengan teman lelaki
Kita ingat zaman kita dulu, umur 13 tahun masih kanak kanak. Tapi zaman ini, umur 9 tahun sudah datang haid. Menunjukkan remaja hari ni matang awal. Maka perkembangan otak dan fikiran seiring dengan perkembangan teknologi.
Remaja perempuan 13 tahun ini telah tertangkap memiliki vape dan menghisap vape. Siap order dari rakan sekolah. Hasil penglibatan dengan vape membuat seorang emak saudara melanjutkan pemeriksaan telefon tangan remaja ini.
Alangkah terkejut bila emak saudara scroll perbualan di media sosial, menunjukkan remaja ini ada teman lelaki. Sering berchatting dan bertukar gambar bogel lagi.
Hilang malu apabila berani berkongsi gambar bogel dengan teman lelaki. Boleh sembang lagi pasal hubungan seks dan nak buat anak. Ini kalau ada peluang berjumpa, habis la…
Emak ayah, rajin periksa telefon anak. Jangan benarkan telefon bersama anak di waktu malam. Cukup telefon digunakan waktu perlu sahaja. Tidak usah percaya, nanti ada hal nak bincang dengan kawan tentang pelajaran .
Limitkan masa penggunaan, bagitahu malam tak boleh guna telefon dan tidak perlu ada perbincangan tentang pelajaran waktu malam. Simpan telefon di bilik emak ayah.
Di Baitus Solehah sekarang ni ada 3 remaja mengandung. Sepatutnya ke sekolah tetapi terkandas oleh kerana mengandung.
Jagalah anak anak kita dari terlanjur disebabkan perkembangan teknologi masa ini.
.
Pesanan Opah Cucu Seribu,
Mak Liza
Sumber: Baitus Solehah