in

Cara Kira GCR (Pindaan Gantian Cuti Rehat 2022)

cara kira gcr
ADVERTISEMENT

Pindaan Warta Kerajaan 2022 Terkini Gantian Cuti Rehat (GCR) : Permohonan GCR 80 hari sudah boleh dimohon.

Warta Kerajaan berkaitan Pindaan Peraturan Pencen 2022 telah pun dikeluarkan oleh JPA.

ADVERTISEMENT

Sebelum ini Kerajaan telah mengumumkan bahawa penjawat awam boleh menebus 80 hari duit Gantian Cuti Rehat yang ada untuk dikeluarkan awal. Tidak perlu tunggu sehingga bersara.

Kini pekeliling (pindaan) telah dikeluarkan.

Permohonan GCR 80 hari dah boleh dimohon.

Apakah Gantian Cuti Rehat (GCR)?

Gantian Cuti Rehat atau GCR adalah satu kemudahan disediakan kerajaan, berbentuk ganjaran wang tunai yang diberikan kepada Penjawat Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.

GCR akan dikumpulkan pada setiap hujung tahun bergantung dengan kelayakan cuti rehat yang diberikan pada tahun berkenaan.

Cara Kira GCR

Dikongsikan Montaj Perhimpunan Bulanan JPA November 2021 hari ini bertemakan Gantian Cuti_Rehat (GCR): Kira Betul-Betul!

Baca juga:

Pindaan Warta Kerajaan 2022 : Gantian Cuti Rehat (GCR) Terkini

Ringkasan seperti berikut:

  • Jumlah GCR yang boleh ditebus dengan wang tunai dipinda daripada 150 hari kepada 160 hari.
  • Penebusan GCR dibenarkan kepada Penjawat Awam yang telah mengumpul GCR sekurang-kurangnya 80 hari.
  • Telah berumur 45 tahun semasa permohonan penebusan dibuat.
  • Telah berkhidmat dengan Kerajaan yang boleh diambilkira skim pencen adalah selama 15 tahun.
  • Penebusan GCR separuh (80 hari) adalah secara one-off.
  • Pengiraan = 1/30 x Gaji Pokok + elaun yang diboleh ambilkira x 80 hari.

Untuk maklumat penuh, sila rujuk lampiran di bawah bertarikh 21 Januari 2022.

gcr 80 hari
gcr 80 hari 160 hari
gantian cuti rehat
gantian cuti rehat

Maklumat Lanjut: https://www.jpa.gov.my/

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

cukai taksiran cukai pintu online pbtpay

PBTPay : Cara Bayar Cukai Taksiran / Cukai Pintu Secara Online

Umrah Kembali Dibenarkan Mulai 8 Februari 2022