Maksud Gelaran Profesional Dalam Kerjaya (Ir, Ar, LAr, Ts, IDr, TPr & lain-lain)

Maksud Gelaran Profesional Dalam Kerjaya Yang Perlu Anda Tahu ~ Anda pasti pernah melihat gelaran tertentu di hadapan nama seseorang terutamanya sekiranya individu tersebut berpengaruh ataupun terkenal. 

Contoh gelaran yang sering digunakan di Malaysia dan diketahui oleh kebanyakan masyarakat ialah, Dato’, Datin, Tan Sri, Puan Sri, Yang Berhormat dan sebagainya. 

Selain gelaran tersebut, terdapat beberapa lagi gelaran professional dalam kerjaya yang anda perlu ketahui sebagai pengetahuan umum dan juga boleh dijadikan rujukan anda kelak. 

Gelaran professional selalunya diberikan kepada individu yang berjaya mencapai tahap tertentu dalam sesebuah bidang. Ia tidak boleh dibeli dengan wang ringgit semata-mata. Setiap gelaran mempunyai maksud tertentu dan juga menunjukkan tahap kepakaran seseorang. 

Tidak dinafikan bahawa untuk mendapatkan gelaran professional tersebut ia tidak mudah dan perlukan banyak pengorbanan serta kelayakan tertentu. 

Tunggu apa lagi, jom semak senarai gelaran professional dalam kerjaya seperti yang disenaraikan dibawah. 

BACA JUGA: Insentif Kerjaya Madani: Cara Memohon & Syarat Kelayakan

Gelaran Profesional Dalam Kerjaya

Gelaran Professional

1. Ir 

Ir adalah merupakan gelaran untuk Jurutera Professional. Gelaran ini diberikan kepada individu yang menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan, mendaftar sebagai Graduate Engineer dengan Board of Engineer Malaysia (BEM)  dan mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya tiga tahun serta lulus dalam beberapa peperiksaan kejuruteraan yang wajib diambil untuk membuktikan kepakaran.

Anda juga perlu melepasi ujian Professional Assessment Examination (PAE) dan terpilih sebagai Corporate Member of the Institution of Engineers Malaysia (IEM).

Sila rujuk laman web IEM (https://www.myiem.org.my/) atau BEM (http://bem.org.my/) untuk mendapatkan info lebih lanjut.

2. Ar

Walaupun berbeza satu huruf sahaja, gelaran Ar ini pula tidak berkaitan dengan kejuruteraan tetapi merupakan gelaran untuk seorang Arkitek Professional. Individu yang ingin mendapatkan gelaran ini mestilah berdaftar dengan Board of Architect Malaysia atau Lembaga Arkitek Malaysia (LAM). 

Sebelum itu, individu tersebut juga mestilah telah berdaftar dengan Graduate Architect dan pernah mempunyai pengalaman praktikal seperti yang dinyatakan oleh LAM.

Arkitek di Malaysia dikehendaki memiliki tahap kelayakan tertentu, yang ditadbir oleh Lembaga Arkitek Malaysia, atau Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) untuk diperakui sebagai Arkitek oleh LAM. Ia dikenali sebagai LAM Bahagian I, II, dan III.

3. LAr

Berbeza sedikit dengan gelaran Ar, LAr pula ada gelaran untuk Arkitek Landskap Professional 

atau Professional Landscape Architect. Bagi mendapatkan gelaran LAr, individu mestilah berdaftar dan mengikuti pengajian di Institute of Landscape Architects Malaysia dan lulus dengan cemerlang.

4. Sr

Seterusnya, Sr pula adalah gelaran untuk seorang Professional Surveyor atau Juruukur Profesional.

Individu yang ingin mendapatkan gelaran ini hendaklah memiliki sekurang-kurangnya ijazah dalam surveying (tinjauan) atau civil engineering. Bukan itu sahaja, Lesen Professional Land Surveying juga diperlukan untuk mendapatkan gelaran ini.

Biasanya, seorang Sr memiliki pemahaman dan pengetahuan yang hebat dalam Matematik dan tahu menggunakan beberapa alatan kursus yang diperlukan untuk mengendalikan projek yang ditugaskan dengan cemerlang. 

Sila rujuk halaman rasmi RISM di pautan berikut untuk maklumat lebih lanjut: https://rism.org.my/designation-and-prefix/

5. PGeol

Gelaran ini mungkin agak jarang ditemui. PGeol adalah gelaran untuk seorang ahli Geologi siswazah berdaftar dan ahli geologi asing yang berdaftar menurut seksyen 20 dan 22 Akta Ahli Geologi 2008.

Sebelum mendapatkan gelaran ini, individu perlulah menjalani pengajian di Institute of Geology Malaysia (IGM) dan lulus peperiksaan profesional tertentu. 

6. Ts

Ts bukanlah gelaran untuk Tan Sri tetapi ia merupakan gelarna untuk seorang Teknologis Profesional yang diiktiraf oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) tertakluk di bawah Akta Teknologis dan Juruteknik 2016 (Akta 768). 

Untuk mendapatkan gelaran Ts, anda perlu menamatkan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang diiktiraf LAM dan mendaftar sebagai Teknologis Berijazah. Gelaran ini merupakan salah satu pengiktirafan kepada teknologis dan juga juruteknik negara.

Gelaran Professional

7. TPr

TPr adalah gelaran untuk seorang Professional Town Planner. Gelaran ini diberikan oleh Malaysian Institute of Planners

8. IDr

Gelaran IDr adalah untuk Pereka Dalaman Professional atau Professional Interior Design. Gelaran ini diberikan oleh Lembaga Arkitek Malaysia setelah individu yang berkelayan lulus dan menepati syarat-syarat yang diberikan. 

9. Gs

Gelaran Gs ini pula adalah merujuk kepada Geospatial Profesional. Gelaran ini diperkenalkan pada tahun 2016 oleh Institusi Geospatial dan Remote Sensing Malaysia (IGRSM) dengan objektif untuk meningkatkan pengiktirafan terhadap peranan pengamal geospatial dalam kedua-dua sektor awam dan swasta.

Syarat minimum untuk pengamal geospatial Malaysia layak mendapatkan gelaran ini adalah; mempunyai kelayakan minimum ijazah dalam Geospatial atau bidang berkaitan; dan sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman profesional atau setara dalam bidang Geospatial.

Anda boleh rujuk pautan berikut untuk info lebih lanjut: http://www.igrsm.org/membership.html

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: