Permohonan Temujanji Online Bank Islam & Waktu Operasi Terkini
PERMOHONAN TEMUJANJI BANK ISLAM & WAKTU OPERASI CAWANGAN TERKINI DI SELURUH MALAYSIA
Difahamkan dalam 1-2 hari ini cawangan Bank Islam di seluruh negara sedang mengalami pertambahan jumlah pelanggan yang tinggi disebabkan pelajar IPT yang ingin membuka akaun bank.
Oleh itu, terdapat sedikit kelewatan untuk mendapatkan layanan demi mematuhi SOP yang ditetapkan.
Di sini kami kongsikan notis rasmi dari Bank Islam tentang cara memohon temujanji online bagi mengelakkan kesesakan di cawangan yang ingin dikunjungi serta waktu operasi bagi cawangan di seluruh Malaysia.
Baca juga : Status MySejahtera Kuning Tak Boleh Masuk Kedai. Ini Cara Tukar Ke Biru
Waktu Operasi Cawangan Bank Islam Terkini
Bagi memenuhi keperluan pelanggan, waktu operasi cawangan Bank Islam bermula 26 September 2021 telah dilanjutkan seperti berikut:
Semenanjung
- Isnin – Jumaat : 9.30 pagi – 4.30 petang
Kelantan & Terengganu
- Ahad – Khamis : 9.30 pagi – 4.30 petang
Sabah, Sarawak & WP Labuan
- Isnin – Jumaat : 9.00 pagi – 4.00 petang
NOTA: Sila rujuk laman web Bank Islam untuk merujuk senarai penuh cawangan yang terlibat dengan waktu operasi ini : https://www.bankislam.com/
Cara Permohonan Janji Temu Online Bank Islam (Pembukaan Akaun)
Anda boleh membuat temujanji online untuk urusan pembukaan akaun di Bank Islam.
Berikut adalah borang permohonan janji temu online yang perlu anda isi.
Borang ini boleh didapati melalui pautan terus ke laman web Bank Islam iaitu https://vao.bankislam.com.my/sales/
Sila rujuk langkah berikut untuk memohon temujanji
- Klik pautan ini bagi memohon tarikh janji temu untuk pembukaan akaun: https://vao.bankislam.com.my/sales/
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik “send” untuk memohon tarikh janji temu anda.
- Sila isikan ruangan “office” dengan akaun pelajar / “student account” untuk memudahkan urusan pembukaan akaun pelajar.
- Pegawai Bank Islam akan menghubungi anda untuk memberi tarikh dan waktu temujanji.
Maklumat Lanjut
Untuk pertanyaan, sila hubungi pihak Bank Islam di 03 26 900 900 atau melalui akaun media sosial rasmi Bank Islam.
Semoga perkongsian ini membantu anda untuk membuat temujanji online di Bank Islam dalam tempoh PPN ini.
Sebarang maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web Bank Islam melalui pautan https://www.bankislam.com/
Sumber: Facebook Rasmi Bank Islam
Baca juga : Cara Buat Aduan Barang Kurier Hilang Melalui SKMM, Gantirugi Hingga RM5000