in

Bukan Setakat Telco, Barang Kurier Hilang Pun Boleh Buat Aduan SKMM

aduan skmm barang pos hilang tak bergerak
ADVERTISEMENT

Sebelum ni mungkin pernah viral bahawa aduan SKMM boleh dibuat sekiranya talian internet anda tidak seperti yang dijanjikan oleh telco.

Tapi tahukah anda, bukan setakat telco. Perkhidmatan kurier pun sama, kalau barang tak bergerak langsung, call customer service pun tak ada tindakan / progress, maka anda boleh report je lost dekat SKMM. Laju je nanti barang sampai depan rumah.

Perkara ini dikongsikan oleh Albudi Alsagoff, di mana perkongsian ini telah mendapat lebih 18K shares.

ADVERTISEMENT

Tapi macam mana nak buat aduan, dan adakah perkhidmatan kurier yang bagaimana dikategorikan di bawah aduan SKMM?

Jom ikuti perkongsian beliau selengkapnya di bawah.

Cara Buat Aduan SKMM Untuk Perkhidmatan Pos Kurier Yang Hilang & Bungkusan Barang Rosak

Barang kalau kena di “hilangkan” oleh courier yang selalu buat hal macam J&T and citilink (based on kes² viral baru ni)Terus report SKMM baru dorang menggelupur.

cara buat report pos hilang
aduan skmm
aduan skmm
report barang pos hilang

Sumber: Albudi Alsagoff

Setelah kami membuat tinjauan di laman web SKMM, sememangnya ada seksyen khas untuk aduan bagi perkhidmatan pos / kurier (rujuk screenshot di bawah).

report barang pos hilang

Baca juga : Duit Hilang Dalam Akaun Bank, Ini Cara Buat Report & Dapatkan Balik Duit

LANGKAH-LANGKAH BUAT ADUAN BARANG POS KURIER HILANG DI SKMM

Untuk membuat aduan bagi kes barang kurier hilang / rosak, sila ikuti langkah berikut:

report barang pos hilang
  1. Layari laman web SKMM di pautan https://aduan.skmm.gov.my/
  2. Tekan butang Aduan Baru
  3. Terdapat 4 bahagian yang perlu diisi sebelum anda membuat aduan iaitu:
    • Jenis Aduan – Pilih ‘Complaint’
    • Jenis Perkhidmatan – Pilih ‘Postal / Courier Service’
    • Kategori – Pilih ‘Postal & Courier Service’
    • Subkategori – Pilih ‘Lost Letters / Parcel’
      *(Anda juga boleh pilih ‘Late Delivery’, ‘Poor Service Delivery’ dan sebagainya bergantung kepada kes yang berlaku kepada barang anda)
  4. Isikan maklumat seterusnya
    • Maklumat Pengadu – Lengkapkan butiran diri anda
    • Maklumat Aduan – Huraikan masalah yang dialami oleh perkhidmatan pos / kurier anda dengan jelas
    • Sertakan lokasi anda
    • Sertakan bukti (screenshot resit / status barang yang tidak diterima) dan upload
  5. Hantar semua maklumat setelah diteliti dan disemak.
  6. Selesai
  7. Anda boleh menyemak status aduan anda dari semasa ke semasa dengan mengisikan ID aduan dan nombor kad pengenalan / nombor telefon sebagai pengesahan.
report barang pos hilang
Contoh jenis aduan yang boleh dibuat di SKMM berkaitan perkhidmatan pos / kurier

Ramai Yang Dah Cuba & Berjaya

Di ruangan komen, ramai yang berkongsi pengalaman mereka membuat aduan SKMM dan berpuas hati kerana telah menerima maklumbalas.

cara buat report barang tak bergerak

Katanya barang kita yang hilang tu cepat je dapat berbanding kalau kita buat aduan kepadapihak kurier tersebut.

aduan barang pos hilang skmm

Jadi, bagi anda yang sentiasa order barang online kenalah tahu perkara ini sebagai langkah berjaga-jaga.

Taklah panik kalau barang hilang nanti kan?

Oh ya, selain membuat aduan barang hilang melalui laman web SKMM, anda juga boleh menghubungi talian hotline 1800 188 030 untuk sebarang masalah yang berkaitan dengan pos / kurier.

cara buat report pos hilang

Semoga panduan dan tips ini berguna.

Jom share untuk kebaikan bersama!

Baca juga: Bahaya Pakai Pelitup Muka ‘KF’ Palsu, Kedutaan Korea Kongsi Cara Buat Semakan

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

pelitup muka kf palsu

Bahaya Pakai Pelitup Muka ‘KF’ Palsu, Kedutaan Korea Kongsi Cara Buat Semakan

‘Touch Screen’ Tidak Berfungsi Dan Rosak? Ini Solusi Alternatif Anda Boleh Guna