Luarbiasa! Ramai Kagum Lihat Fenomena Ribuan Rama-rama Kuning Di Sabah

Fenomena rama-rama kuning di Kota Marudu, Sabah menjadi buah mulut ramai apabila video dan gambar-gambar di lokasi berkenaan dikongsikan di media sosial.

Puluhan ribu rama-rama kuning berkenaan dikatakan berterbangan di sekitar kawasan itu termasuklah di tepi-tepi jalan, sehingga pemandu yang lalu di kawasan itu terpaksa memperlahankan sedikit kenderaan mereka.

Kredit video: elerrymaxwell

Memetik laporan dari NST, salah seorang yang memuat naik foto di Facebook berkata, “Pada mulanya kawan saya Nur Safuhah Yusoff menyangka ia adalah ‘daun kuning yang gugur’, tetapi apabila kami pergi lebih dekat, rupanya begitu banyak rama-rama kuning ini berterbangan!

“Dari hutan ke jalan raya, rama-rama itu berterbangan. Rama-rama itu juga melanggar cermin depan kereta. Permukaan jalan penuh dengannya,” katanya sambil menyifatkan rakamannya yang diambil beberapa hari lalu hanyalah sebahagian kecil daripada fenomena itu.

Sumber: Facebook Oyongheart Beat

Penduduk tempatan khusunya pelancong tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dan merakam video fenomena ini yang mungkin muncul dalam 10 tahun sekali.

Sumber gambar: Facebook Nina Othman
rama-rama kuning
Sumber gambar: Jainudin Ismail

Lokasi Fenomena Rama-rama Kuning

Menurut sumber, anda boleh menyaksikan fenomena Yellow Butterfly ini di tepi-tepi jalan menuju ke Kota Marudu.

Selain itu, difahamkan kawasan Kudat iaitu Pekan Matunggong, Gumantung Hill dan sekitarnya seperti Sumangkap, Hobut, Bavanggazo dan Tinangol kini sudah mulai dihujani rama-rama kuning yang cantik dan menawan ini.

Kata Orang Tua-tua, Ia Petanda Kemarau?

Menitip di ruangan komen, rakyat tempatan mengatakan bahawa fenomena kupu-kupu kuning ini pernah berlaku, dan menurut orang tua-tua dahulu, ia adalah petanda kemarau.

Namun, tidak kurang pula yang mengatakan bahawa rama-rama kuning yang berhijrah ini juga merupakan petanda bahawa buah tahun ini akan ‘menjadi’.

Sebagai tambahan, pada April 2021, Fenomena Yellow Butterfly juga dirakam di Kapit, Sarawak.

Difahamkan bahawa rama -rama kuning yang berterbangan dengan banyaknya di tepi-tepi jalan adalah daripada spesis yang sama iaitu “Eurema”.

rama-rama kuning

Menurut wikipedia Eurema adalah genus rama-rama kuning rumput , yang meluas dalam keluarga “Pieridae”. Spesies bermula dari Asia, Afrika dan Australia. Ia mempunyai panjang sayap sekitar 2.2cm.

Adakah anda juga pernah atau berpeluang merakamkan fenomena ini? Jom kongsikannya bersama!

Baca juga: Cantiknya The Acre By Farm Fresh! Ini Harga Tiket Masuk & Tempahan Kafe

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: