Cara Tukar Nombor Telefon Maybank TAC

Nombor Telefon TAC sangat penting untuk melakukan transaksi melalui Maybank2u. Ianya merupakan satu sekuriti dengan 6 kod nombor yang dihantar kepada nombor telefon anda untuk anda mengesahkan transaksi yang anda lakukan.

Jadi sangatlah penting untuk mendaftarkan nombor telefon anda yang betul dan yang selalu anda gunakan selalu dengan Maybank2u supaya segala transaksi boleh dilakukan dengan pantas.

Cara untuk mendaftarkan nombor telefon buat pertama kali atau mengemaskini nombor telefon baharu sangatlah mudah. Ikuti caranya di bawah ini.

Baca juga: Cara Buat Kad Debit / ATM Maybank Pakai Gambar Sendiri

Cara Daftar Nombor Telefon Maybank TAC

Jika anda pertama kali hendak menggunakan kemudahan Maybank2u, anda perlulah mendaftar dahulu nombor telefon anda dengan sistem Maybank2u. Anda boleh ikuti langkah di bawah ini.

  1. Anda perlu ke mana-mana cawangan Maybank yang berdekatan
  2. Pergi ke kaunter khidmad pelanggan
  3. Maklumkan anda ingin melakukan pendaftaran nombor telefon anda
  4. Anda perlu melengkapkan borang Electronic Banking Services (EBS).
  5. Lengkapkan dengan maklumat yangbetul dan tepat.
  6. serahkan borang anda kepada pegawai bank untuk tujuan pemprosesan.

Baca juga: Cara Buat Potongan Gaji Setiap Bulan Ke Tabung Haji (Direct Debit)

Cara Tukar Nombor Telefon Maybank TAC

Bagi anda yang ingin mengemaskini nombor telefon sedia anda kepada nombor baharu di dalam sistem Maybank2u, ada 2 cara yang disediakan oleh Maybank.

CARA 1 : TUKAR NOMBOR TELEFON MELALUI ATM MAYBANK

  1. Anda harus ke cawangan Maybank yang berdekatan
  2. Pilih salah satu mesin ATM yang disediakan.
  3. Masukkan kad ATM anda ke dalam slot kad.
  4. Kemudian, masukkan 6 angka nombor pin anda.
  5. Pada paparan Menu Utama,  pilih Maybank2u.
  6. Kemudian anda harus memilih Phone Banking
  7. Kemudian klik pada ATM SMS Alerts.
  8. Klik pada kemas kini M2U TAC Mobile
  9. Tekan Update M2U TAC Mobile.
  10. Kemudian masukan nombor telefon anda yang baru ke dalam ruangan yang disediakan.
  11. Semak semula nombor telefon untuk mengelakan kesalahan
  12. Tekan butang enter.

CARA 2 : TUKAR NOMBOR TELEFON MELALUI CAWANGAN MAYBANK

  1. Anda harus ke cawangan mana-mana Maybank yang terdekat.
  2. Anda perlu ke kaunter
  3. Minta borang permohonan untuk menukar nombor telefon bimbit anda.
  4. Isi dan lengkapkan borang permohonan tersebut.
  5. Semak sebelum hantar.
  6. Apabila sudah selesai anda perlu menyerahkan borang tersebut kepada kakitangan Maybank.

Sumber: Maybank

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: