in

Bakul Prihatin Negara : Syarat, Cara Permohonan & Muat Turun Borang

bakul prihatin negara
ADVERTISEMENT

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan program Bakul Prihatin Negara pada 15 Julai 2021.

Ia menandakan kerajaan komited memelihara kesejahteraan rakyat khususnya menerusi Yayasan Kebajikan Negara bagi membantu kumpulan rentan.

Setiap keluarga rakyat Malaysia yang terjejas layak memohon inisiatif bantuan ini.

Berikut dikongsikan info penuh tentang Program Bakul Prihatin termasuk syarat dan cara membuat permohonan.

Sumber gambar: RTM, 15 Julai 2021

Apakah Bakul Prihatin Negara?

Merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19 bagi memastikan masyarakat dapat meneruskan
kelangsungan hidup.

Setiap Bakul Prihatin mempunyai lapan (8) barangan seperti berikut:

  • Beras (5 kg)
  • Gula (1 kg)
  • Tepung (2 kg)
  • Bihun (400 gm)
  • Kicap (650 ml)
  • Sardin (230 gm)
  • Biskut
  • Kopi

Syarat Kelayakan Memohon

Semua rakyat Malaysia bagi setiap keluarga layak untuk membuat permohonan sekiranya terjejas pendapatan sepanjang pandemik COVID-19.

Setiap keluarga dibenarkan untuk menerima satu (1) Bakul Prihatin sahaja.

Namun begitu, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Bahagian / Jajahan akan membuat semakan terperinci sekiranya terdapat keluarga memerlukan lebih dari satu (1) Bakul Prihatin bagi kes-kes yang tertentu yang difikirkan wajar dan perlu.

bakul prihatin negara

Baca juga: BKC: Bantuan Khas COVID19 (Jadual Kategori Miskin Tegar, B40 & M40)

Cara Permohonan Bakul Prihatin Negara

Permohonan Bakul Prihatin boleh dilakukan menerusi empat (4) kaedah seperti berikut:

  1. Menghubungi Bilik Gerakan JKM Negeri *(rujuk infografik di bawah untuk setiap daerah / negeri)
  2. Menghubungi Talian Kasih di talian 15999 atau Whatsapp ke 019-26 15999;
  3. Menghubungi Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM atau Jabatan Kebajikan Masyarakat); ATAU
  4. Menghubungi Pemimpin Tempatan / Setempat
  5. TERKINI: 3 talian tambahan iaitu 03-8323 2176, 03-8323 2177 dan 03-8323 2178.
  6. TERKINI: Permohonan alternatif melalui penggunaan Google Form di talian 017-729702.

*Sila rujuk infografik di bawah untuk nombor telefon JKM setiap negeri:

bakul prihatin negara johor
bakul prihatin negara terengganu
bakul prihatin negara kelantan

Borang Permohonan Bakul Prihatin (JKM)

borang permohonan bakul prihatin
borang permohonan bakul makanan jkm
borang permohonan bakul prihatin

Muat turun Borang Permohonan PDF:

Kaedah Penyampaian / Penerimaan

Setelah mendapat butiran lanjut daripada pemohon, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan akan menyerahkan Bakul Prihatin Negara kepada Skuad Prihatin
Negara untuk diagihkan kepada pemohon.

Pemohon akan menerima Bakul Prihatin Negara dalam tempoh 24 jam selepas permohonan. Namun begitu, penghantaran bergantung kepada hari bekerja, jumlah permohonan harian, jarak dan bentuk muka bumi.

Baca juga: Program Prihatin Kasih: Semakan Elaun RM100 Sebulan Untuk 3 Bulan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif Kerajaan ini, sila rujuk pautan di bawah:

Klik disini untuk muat turun keseluruhan dokumen diatas.

Layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat ATAU laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php

Apakah Bakul Prihatin Negara?

Program ini merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19 bagi memastikan masyarakat dapat meneruskan kelangsungan hidup.

PM Muhyiddin telah melancarkan program Bakul Prihatin Negara pada 15 Julai 2021.

Siapakah yang layak memohon Bakul Prihatin Negara?

Semua rakyat Malaysia bagi setiap keluarga layak untuk memohon Bakul Prihatin ini sekiranya terjejas pendapatan sepanjang pendemik COVID-19.

Bagaimanakah cara permohonan Bakul Prihatin Negara?

Permohonan boleh dilakukan menerusi empat (4) kaedah seperti berikut
1. Menghubungi Bilik Gerakan JKM Negeri;
2. Menghubungi Talian Kasih di talian 15999 atau Whatsapp ke
019-26 15999;
3. Menghubungi Media Sosial Rasmi
(Facebook/Twitter/Instagram KPWKM atau JKM); ATAU
4. Menghubungi Pemimpin Tempatan/Setempat

Sila isikan borang permohonan yang dilampirkan berikut.borang permohonan bakul prihatinborang permohonan bakul makanan jkmborang permohonan bakul prihatin

Apakah yang terdapat dalam Bakul Prihatin ini?

Setiap Bakul Prihatin Negara mempunyai lapan (8) barangan seperti berikut:
– Beras (5 Kg)
– Gula (1 Kg)
– Tepung (2 Kg)
– Bihun (400 Gm)
– Kicap (650 Ml)
– Sardin (230 Gm)
– Biskut
– Kopi

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kerjayagig perkeso

KerjayaGig PERKESO: Bantuan RM600 Untuk Pekerja & Pencari Kerja

Resepi Biskut Arab Cair Di Mulut. Hanya 3 Bahan Sahaja!