in

PKP Terkini Di Kelantan: Rentas Daerah Tidak Dibenarkan Di 7 Kawasan

ADVERTISEMENT

KOTA BHARU: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kembali dikenakan di seluruh Kelantan, kecuali Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang berkuat kuasa 16 hingga 29 April depan.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin menerusi akaun Facebook miliknya sebentar tadi.

Menurut Dr. Izani, dalam tempoh tersebut, aktiviti rentas daerah tidak dibenarkan namun perincian prosedur operasi standard (SOP) bagi PKP kali ini akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan negeri menerusi Facebook rasmi memberitahu sebanyak 226 kes baharu positif Covid-19 direkodkan di Kelantan hari ini, ketiga tertinggi di seluruh negara selepas Selangor dengan 517 kes dan Sarawak 489 kes.

Untuk rekod, jumlah kes baharu hari ini tersebut merupakan angka kedua tertinggi pernah dicatatkan di negeri ini, selepas 257 kes dilaporkan pada 20 Februari lalu.

Bagaimanapun majoriti kes baharu hari ini adalah kes tempatan iaitu 219 kes berbanding 20 Februari lalu yang melonjak tinggi akibat Kluster Tembok Bukit Besi dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa.

“Setakat hari ini, 24 kluster dikesan aktif di seluruh negeri ini manakala jumlah keseluruhan kes Covid-19 terkumpul adalah sebanyak 7,506 kes,” kata jabatan itu.

Kadar kebolehjangkitan pandemik itu di Kelantan kini melonjak tinggi 1.12 berbanding kebiasaan iaitu antara 0.7 hingga 0.8 selain direkodkan melebihi peringkat nasional 1.06.

Berdasarkan infografik dikeluarkan Jabatan Kesihatan negeri, berikut ialah pecahan kes baharu di Kelantan hari ini mengikut daerah atau jajahan:

Kota Bharu: 79 kes

Tumpat: 69 kes

Kuala Krai: 8 kes

Bachok: kes

Pasir Puteh: 5 kes

Tanah Merah: 4 kes

Jeli: 1 kes

Machang: 1 kes

Import dan penjara: 7 kes

Sumber: UTUSAN ONLINE

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ini Barangan Promosi Sepanjang Ramadhan Di Lazada Sempena Kempen Stay Health & Fit!

pembelian kad kredit debit

Peniaga Letak Had Minima & Surcaj Pembelian Melalui Kad Kredit/Debit Boleh Dilaporkan