TikTok Shop Malaysia: Cara Hubungi Khidmat Pelanggan & Cara Dapatkan ‘Refund’

TikTok Shop Malaysia ~ Perniagaan atas talian seperti Shopee dan Lazada menjadi semakin popular pada masa kini.

Bahkan ia menjadi salah satu keperluan bagi setiap peniaga untuk mendapatkan pelanggan. Ramai peniaga yang kini beralih menggunakan platform media sosial termasuklah TikTok untuk menjalankan perniagaan atas talian. 

BACA JUGA: Cara Hubungi Helpline Shopee Malaysia (No Telefon / E-mel / Livechat)

TikTok Shop Malaysia

TikTok Shop Malaysia

TikTok adalah merupakan salah satu media sosial yang cukup terkenal pada masa kini. Ia juga dilabel sebagai platform generasi muda. 

Hal ini kerana kebanyakan anak muda menggunakan platform tersebut sebagai pilihan untuk berhubung antara satu sama lain dan juga berhibur dengan video pendek. 

Namun, tidak dinafikan lagi semakin ramai golongan berusia kini juga tidak mahu ketinggalan dengan trend di aplikasi tersebut termasuk para peniaga mahupun yang baru berjinak-jinak untuk memulakan perniagaan. 

Terdapat beberapa kajian yang mendapati bahawa pengguna bahkan ‘potential buyer’ di TikTok adalah lebih banyak berbanding di platform yang lain. Aplikasi ini menjadi pilihan untuk mempromosikan atau memasarkan produk dengan cara yang menarik. 

Cara Daftar TikTok Shop Malaysia

  1. Muat turun aplikasi Tiktok dan daftar akaun TikTok anda
  2. Isikan borang permohonan dan lengkapkan butiran MYkad atau Pasport
  3. Tunggu keputusan permohonan dalam tempoh 1-2 hari
  4. Pergi ke profil untuk aktifkan seller akaun anda dengan log masuk ke akaun TikTok Shop anda.
  5. Selesai!

NOTA:

  • Untuk penjual korporat: Sila sediakan lesen perniagaan yang sah di Malaysia, nombor telefon, bank akaun dan warehouse di Malaysia untuk pendaftaran.
  • Untuk penjual Individu: Sila sediakan MyKad atau Pasport, nombor telefon, bank akaun dan warehouse di Malaysia untuk pendaftaran.
TikTok Shop Malaysia

Talian Hotline Khidmat Pelanggan TikTok Shop Malaysia

Sekiranya berlaku apa-apa permasalahan atau perlukan bantuan, anda boleh menghubungi Talian Hotline Khidmat Pelanggan (Customer Service)  melalui pautan berikut:

Cara Buat Aduan & Dapatkan ‘Refund’

Apabila berlaku sesuatu yang tidak diinginkan, anda boleh buat aduan serta dapatkan ‘refund’ daripada TikTok Shop dengan cara berikut:

  1. Layari TikTok Shop Seller Center di pautan berikut:    

https://seller.tiktok.com/contact-us?lang=en&region=MY

  1. Lengkapkan maklumat yang diperlukan termasuk aduan anda dan klik “Submit”
  2. Anda akan mendapat maklumbalas melalalui emel yang didaftarkan. 

Atau, 

  1. Buka aplikasi TikTok anda.
  2. Kemudian, klik pada Profil di bahagian bawah sebelah kanan.
  3. Klik pada ikon 3 baris di bahagian atas sebelah kanan.
  4. Seterusnya klik pada Tetapan dan Privasi.
  5. Kemudian klik pada Laporkan Masalah dan pilih topik.
  6. Ikuti langkah dalam aplikasi tersebut untuk menyelesaikan masalah yang anda hadapi. 
  7. Jika langkah yang dicadangkan tidak menyelesaikan masalah anda, anda boleh memilih Tidak untuk soalan “Adakah masalah anda telah selesai?” dan klik Masih Ada Masalah supaya anda boleh menghubungi pihak TikTok dengan butiran lanjut tentang masalah anda.

Pemulangan dan Bayaran Balik (Return & Refund)

Pelanggan boleh mengemukakan permintaan pemulangan/bayaran balik dalam tempoh enam (6) hari kalendar selepas pakej dikemas kini kepada “Dihantar”.

Pelanggan boleh memulangkan produk dan meminta bayaran balik dalam situasi berikut di bawah.

  • Tidak menerima produk.
  • Produk yang dihantar tidak mematuhi kontrak jualan.
  • Produk yang salah dihantar.
  • Keadaan produk semasa penghantaran adalah tidak lengkap, rosak atau tidak boleh diterima.
  • Pelanggan menerima produk yang tidak menepati penerangan yang diberikan semasa pembelian.
  • Penjual tidak memenuhi komitmen penghantaran mereka (seperti penghantaran tertunda atau penghantaran tertunda).
  • Selepas tempoh selepas jualan selama 6 hari, jika pelanggan masih ingin mengemukakan aduan, mereka boleh sama ada berkomunikasi secara langsung dengan penjual atau menghubungi TikTok untuk mendapatkan sokongan pelanggan dengan mengklik pada pesanan khusus dalam aplikasi TikTok.

BACA JUGA: Cara Semak Rekod CCRIS / eCCRIS Online Tanpa Ke Bank

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut mengenai TikTok Shop Malaysia, anda boleh hubungi atau layari:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: