Kes Covid 19 Hari Ini Meningkat Menghampiri 5000 Kes

blank

Buat pertama kali sejak Ogos, jangkitan baharu COVID-19 dalam negara melepasi angka 4,000 kes.

Data di portal KKMNOW mendedahkan, kes jangkitan COVID-19 pada Khamis ialah 4,711 berbanding 3,969 kes yang dicatatkan kelmarin, menjadikan keseluruhan kes aktif adalah 34,609 kes.

Menurut laman KKMNow, daripada jumlah kes baharu, 32,956 individu atau 95.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah dengan 1,586 atau 4.6 peratus lagi dirawat di hospital. 

Selain itu, 67 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 47 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sebanyak 3,120 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kes sembuh di negara ini adalah berjumlah 4,843,468 kes. 

Dalam pada itu, tiada kes kematian dilaporkan semalam.