Timah Tasoh Lake Resort & Retreat, Tempat Percutian Viral Perlis

Timah Tasoh Lake Resort & Retreat, Tempat Percutian Viral Perlis

Anda tercari-cari tempat percutian yang menarik di sekitar Perlis?

Walaupun Perlis adalah merupakan negeri yang paling kecil di Malaysia, namun ia juga mempunyai beberapa lokasi percutian menarik yang berbaloi untuk anda cuba. Salah satunya ialah Timah Tasoh Lake Resort & Retreat. 

Mari teruskan membaca. 

BACA JUGA: Cuti Hari Wilayah 2023

Timah Tasoh Lake Resort & Retreat

Timah Tasoh Lake Resort & Retreat

Timah Tasoh Lake Resort & Retreat (TLRR) ini terletak di empangan Tasik Timah Tasoh, Perlis. Ia terletak kira-kira 12 km dari Kangar dan 15 km dari Padang Besar.

TLRR ini membawakan konsep ekopelancongan dengan pemandangan panorama alam semula jadi yang sangat indah.

Anda boleh menikmati keindahan Tasik Timah Tasoh, Banjaran Nakawan, Bukit Cabang dan Bukit Manik di resort ini. Untuk pengetahuan anda, TLRR terletak di atas sebidang tanah seluas 39 ekar.  

Bukan sahaja berfungsi sebagai resort percutian, ia juga menyediakan pelbagai aktiviti untuk keluarga, organisasi, kumpulan dan peserta.

Aktiviti rekreasi yang disediakan dalam TLRR adalah untuk membantu membina kekuatan mental dan fizikal peserta dan juga meningkatkan daya kerja produktiviti dan motivasi dalam sesebuah organisasi.

Timah Tasoh Lake Resort & Retreat juga menyediakan penginapan (tertakluk kepada ketersediaan) pihak yang berminat. Daripada bilik bajet rendah hingga sut eksklusif, semuanya ada. 

Aktiviti

  • Program motivasi
  • Barbeku
  • Mesyuarat Majlis
  • Hari Keluarga
  • Flying Fox
  • Perhimpunan / perjumpaan semula
  • Larian Berhalangan
  • sukan
  • Kerja dalam kumpulan
  • Halangan Air

Kemudahan di Timah Tasoh Lake Resort & Retreat

  • Tapak perkhemahan
  • Chalet
  • Dewan makan
  • Kolam memancing
  • Musolla
  • Dewan Terbuka
  • Kawasan lapang / dataran
  • Kemudahan luar
  • Sistem PA
  • Restoran/kafe
  • Bilik seminar (ditutup)
  • Padang sukan
  • Tandas

Sejarah Tasik Timah Tasoh

Timah Tasoh Lake Resort & Retreat

Tasik Timah Tasoh telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada tahun 1992, dengan kos RM 67 juta. Tasik ini  menyumbang bekalan air kepada penduduk Perlis dan sekaligus menjadi penghalang kejadian banjir di negeri Perlis.

Selain itu, tasik buatan ini juga menjadi tempat perlindungan bagi burung-burung yang bermigrasi di sini semasa musim sejuk di hemisfera utara.

Bukan itu sahaja, ia juga telah dikenal pasti sebagai tapak yang sesuai untuk projek akuakultur dan penternakan ikan.

Nama tasik ini diperoleh daripada dua batang sungai iaitu Sungai Tasoh dan Sungai Timah. Tasik ini mempunyai keluasan 1300 hektar yang boleh menampung 35.3 juta liter air. 

Terletak sangat berhampiran dengan tasik ini ialah sebuah resort yang dikenali sebagai Tasik Lake Resort & Retreat. Di resort ini terdapat pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan seperti yang dinyatakan di atas. 

Sehubungan dengan itu, resort ini menjadi pilihan tempat percutian menarik di Perlis yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

Lokasinya di tepi tasik lagi memberi nilai tambah kepada resort ini. Udaranya juga sangat segar, bukit-bukit dan masih dalam keadaan baik dan tidak tercemar.

BACA JUGA: Lokasi Panggung Wayang Kanak-kanak: GSC Play+, TGV Family, MBO Kecil

Kesimpulan

Jadi sekiranya anda inginkan tempat percutian bertemakan alam semulajadi namun lengkap dengan pelbagai kemudahan, Timah Tasoh Lake Resort & Retreat adalah pilihan yang tepat!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: