Datuk Seri Tajuddin Ditamatkan Perkhidmatan Sebagai Pengerusi Prasarana – MoF

Prasarana Malaysia Berhad tamatkan perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Syarikat.

Hal tersebut diumumkan oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF) Incorporated dalam sebuah laporan hari ini.

Jurucakap Media Kementerian Kewangan menerusi kenyataannya menjelaskan, ia berkuat kuasa serta-merta.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Pasir Salak, telah dilantik sebagai Pengerusi Prasarana pada 11 Mei 2020.

Dalam sidang media berkenaan insiden LRT yang melibatkan 213 penumpang, cara beliau mengendalikan soalan-soalan oleh wartawan mendapat reaksi negatif daripada rakyat, terutamanya dengan beberapa istilah ‘ganjil’ seperti ‘the train kissed each other’ yang menjadi tular hari ini.

Beliau juga menunjukkan rasa kurang senang terhadap pihak yang didakwanya cuba membuat provokasi berkaitan ketiadaannya semalam.

“Saya baru habis tugasan dengan syarikat di Subang petang (semalam), saya pun dapat tahu lambat. Saya pun dah sedia untuk vaksinasi hari ini. Saya patut terima dos kedua hari ini, you know?” katanya.

Hal ini membangkitkan kemarahan rakyat yang memganggap beliau tidak profesional dalam mengendalikan kes serius yang menyebabkan 47 kecederaan parah, di mana 6 daripadanya kritikal dan 3 daripada itu menjalani pembedahan otak.

pengerusi prasarana

Kes seperti ini juga pertama kali berlaku dalam sejarah sejak ia mula beroperasi 23 tahun dahulu.

Walaubagaimanapun terkini mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan sebahagiannya masih dirawat di HKL.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menerusi sidang media berkenaan mengumumkan bahawa mereka akan memberikan bantuan khas sebanyak RM1,000 kepada semua 213 mangsa kemalangan LRT malam tadi.

Pengerusi Prasarana Tajuddin Abdul Rahman berkata, dua bantuan lain yang akan diberikan termasuk menampung kos perubatan serta rawatan susulan.

Rujuk sidang media yang disiarkan secara langsung melalui TV3 di bawah:

https://youtu.be/SCUN1BXIzoA
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: