Rentas Negeri Masih Tak Dibenarkan, Kedai Makan Boleh Beroperasi Hingga Sahur
Dalam sidang media harian hari ini, 12 April 2021, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung penguatkuasaan pematuhan SOP bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, ramai yang tertunggu-tunggu berita berkenaan kebenaran rentas negeri mulai 15 April 2021.
Negeri PKPB
- Selangor
- WP Kuala Lumpur
- Johor
- Pulau Pinang
- Kelantan
- Sarawak
PKPB BERKUATKUASA 15 HINGGA 28 APRIL 2021 BAGI NEGERI-NEGERI BERIKUT KECUALI SARAWAK BERKUATKUASA 13 APRIL HINGGA 26 APRIL.
Rujuk SOP Terkini PKPB di Laman Web Majlis Keselamatan Negara (MKN): https://www.mkn.gov.my/web/ms/sop-pkpb-2/
Negeri PKPP
PKPP BERKUATKUASA 15 APRIL HINGGA 28 APRIL 2021 BAGI NEGERI-NEGERI BERIKUT
- Perlis
- Kedah
- Perak
- WP Putrajaya
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Pahang
- Terengganu
- Sabah
- WP Labuan
Rujuk SOP PKPP sepenuhnya oleh Majlis Keselamatan Negara di SINI: https://www.mkn.gov.my/web/ms/sop-pkpp/
Kebenaran Beroperasi Kedai Makan Hingga Waktu Sahur
Dalam sidang media hari ini, DS Ismail Sabri turut mengumumkan bahawa dalam bulan Ramadan ini, semua kedai makan akan dibenarkan beroperasi sehingga waktu sahur.
Kebenaran Rentas Negeri
Sementara itu, diumumkan bahawa berkuatkuasa 14 April 2021, rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali dalam negeri PKPP di bawah skim Green Travel Bubble, iaitu aktiviti pelancongan melalui ejen pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC (Kementerian Pelancongan Malaysia).
Namun, kebenaran rentas negeri untuk sambut Aidilfitri akan ditentukan KKM dalam masa terdekat nanti.
BUFFET RAMADAN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DIBENARKAN
Buffet Ramadan seperti di hotel atau restoran dibenarkan asalkan mematuhi SOP iaitu:
- jarak meja 2 meter
- laluan khas keluar masuk perlu ditandakan
- penjarakan sosial dipraktikkan
- kaunter pendaftaran hendaklah diwujudkan untuk semakan suhu dan penggunaan MySejahtera / secara manual
- alatan katering dan tempat hendaklah disanisati
Majlis berbuka puasa dibenarkan dengan kapasiti 50% (PKPB) dan 100% (PKPP)
Baca juga: Contoh Surat Kebenaran Majlis Perkahwinan / Kenduri Ketika PKP
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai PKP, PKPB dan PKPP boleh hubungi hotline 03-88882010.
Rujuk senarai SOP Terkini oleh MKN di pautan berikut: