in

Contoh Surat Kebenaran Majlis Perkahwinan / Kenduri Ketika PKP

ADVERTISEMENT

CONTOH SURAT MEMOHON KEBENARAN MENGANJURKAN MAJLIS PERKAHWINAN, PERTUNANGAN / KENDURI DALAM TEMPOH PKP

Majlis sosial seperti kenduri kahwin, majlis pertunangan dan kenduri doa selamat kini dibenarkan dengan mengikuti garis panduan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Menurut DS Ismail Sabri, perkahwinan luar dewan juga dibenarkan asalkan penjarakan sosial diamalkan sepanjang majlis.   

Contoh Surat Kebenaran Menganjurkan Majlis Perkahwinan Dalam Tempoh PKP

Berikut merupakan ringkasan SOP kenduri kahwin buat panduan bakal pengantin dan penganjur majlis sosial seperti yang dijelaskan dalam sidang media DS Ismail Sabri pada 2 Mac 2021 tempoh hari : 

ADVERTISEMENT
  • Majlis rasmi, tidak rasmi kerajaan, majlis sosial kawasan PKPB dibenarkan dengan penjarakan fizikal dan berkapasiti 50% premis
  • Kawasan PKPP dibenarkan dengan penjarakan sosial mengikut keluasan premis.

SOP kenduri kahwin dan majlis untuk semua negeri boleh dirujuk dalam senarai lengkap SOP yang telah dikemaskini oleh Majlis Keselamatan Negara. 

Baca juga: PKP 2.0: Contoh Surat Kebenaran Rentas Negeri / Daerah Bagi Urusan Kecemasan

Kredit Foto : Majlis Keselamatan Negara

Buat Negeri Selangor, perlaksaan akad nikah secara bersemuka dibenarkan mulai 8 Mac 2021.

Klik di sini untuk rujukan SOP Akad Nikah Di Selangor Dalam Tempoh PKPB & Had Kehadiran.

Sebelum merancang majlis, anda dinasihatkan untuk semak dengan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) masing-masing bagi kebenaran untuk mengadakan kenduri kahwin.

Contohnya di Pahang, bakal pengantin perlu mengisi borang kebenaran untuk mengadakan majlis dan perlu mendapat kelulusan daripada PAID. Contoh borang kebenaran adalah seperti di bawah :

Surat kebenaran majlis perkahwinan
Kredit Foto : Jabatan Agama Islam Pahang

Contoh surat kebenaran buat majlis perkahwinan ialah seperti berikut :

Ketua Polis Daerah <Nama Daerah>

<Alamat Balai Polis Daerah>                          <Tarikh>                                                                                                

Tuan,

Permohonan Untuk Mengadakan Majlis Perkahwinan di Semasa Tempoh PKPB/PKPP

Merujuk kepada perkara di atas, kami ingin meminta jasa baik pihak tuan untuk membenarkan kami mengadakan majlis perkahwinan. Butiran majlis perkahwinan adalah seperti berikut :

Pasangan Pengantin : <Nama Pengantin Lelaki & Perempuan>

Lokasi Majlis Perkahwinan : <Alamat>

Waktu Majlis Berlangsung : < Waktu Mula – Waktu Tamat>

Bilangan Jemputan             : <Bilangan orang>

Majlis akan dijalankan dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) selari dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).  Diharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,

Terima Kasih.

Yang Benar

…………………..

<NAMA>

<PENGANTIN/AHLI PENGANJUR>

<NO. TELEFON>

*MUAT TURUN TEMPLATE SURAT INI DI SINI (VERSI WORD):

Untuk info terkini, sila rujuk media sosial Majlis Keselamatan Negara atau laman web MKN di https://www.mkn.gov.my/web/ms/sop-pkp-pemulihan/

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan info sahih dan terkini melalui

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengecualian Perbaharui Lesen Memandu / Roadtax Dari 1 April – 31 Mei

Cikgu tadika viral

‘Cikgu Tadika Viral’ Hempas Murid Dikenalpasti & Diambil Keterangan Polis