Kren Jatuh: ‘Bunyi Berdentum Macam Guruh’, 3 Disahkan Maut, 1 Parah

Bunyi kren jatuh disifatkan sebagai dentuman guruh, kata saksi kren jatuh hari ini, yang juga buruh asing projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

Sejurus kejadian, difahamkan semua bertempiaran menyelamatkan diri, menurut laporan oleh Berita Harian.

Setelah keadaan reda, mereka mendapati ada komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan di Pesiaran Alam Damai pagi tadi.

blank
blank

Dalam kejadian berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai pagi tadi, kejadian melibatkan struktur besi kren launcher pembinaan lebuhraya telah jatuh ke bawah dan menghempap sebuah kereta Bezza (BNW 5241).

Kejadian tersebut melibatkan 4 mangsa iaitu:

  • Seorang warganegara Malaysia iaitu pemandu kereta Bezza mengalami kecederaan parah
  • 3 orang mangsa adalah pekerja binaan – 2 daripadanya disahkan meninggal dunia setelah jatuh setinggi 120 kaki manakala seorang lagi tersangkut di landasan pembinaan juga disahkan maut oleh ProLintas (Laporan Kosmo)
blank

Susulan kejadian tersebut, pasukan SUKE EMERGENCY RESPONSE TEAM bersama anggota bomba telah menutup laluan trafik di kedua-dua hala dan kerja -kerja menyelamat mangsa sedang dijalankan.

blank

Baca juga : Rakyat Malaysia Boleh Rentas Negeri Jika Dah Penuhi 6 Syarat Ini – KKM

Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan orang ramai diminta mengelakkan laluan di tempat kejadian bagi memastikan kerja-kerja menyelamat dan penyiasatan berjalan dengan lancar.