Apple MagSafe Charger Dah Ada Pesaing? Ketahui Lebih Lanjut Disini
Desas-desus sebelum ini yang mengatakan terdapat pengeluar peranti pintar Android yang akan menghasilkan pengecas tanpa wayar magnetik seterusnya memberikan saingan terhadap Apple yang telah melancarkan pengecas MagSafe.
Pengecas tanpa wayar yang dimaksudkan itu ialah MagDart yang dihasilkan oleh syarikat Realme. MagDart ini didatangkan dengan dua varian iaitu varian nipis dan tebal.
Jika kita lihat rekaan diatas, ianya nipis dan sangat mirip dengan pengecas Apple MagSafe. Pengecas ini dikatakan boleh mengecas peranti pintar pada kadar 15W.
Bagi varian tebal berkemungkinan mampu mengecas dengan kadar yang lebih pantas sehingga 50-60W.
Sudah tentu ianya akan menghasilkan haba yang tinggi dan Realme menyertakan lubang udara untuk menyejukan komponen.
Varian tebal ini juga dapat dilihat mempunyai port USB-C yang boleh ditanggalkan berbanding varian nipis.
Jika dilancarkan secara rasmi nanti, syarikat Realme akan menjadi pengeluar pertama peranti Android yang melancarkan pengecas tanpa wayar magnetik.
Buat masa ini, tiada maklumat terperinci mengenai harga dan tarikh akan dilancarkan. Oleh itu, nantikan kemas kini dari semasa ke semasa.