Apple “MagSafe Battery Pack” Dilancarkan Secara Rasmi

Baru-baru ini, syarikat Apple telah melancarkan aksesori terbaharu khusus untuk siri iphone 12 iaitu sebuah tenaga bateri tambahan yang dinamakan sebagai “MagSafe Battery Pack”.

Apa yang menariknya, MagSafe Battery Pack ini menggunakan magnet dan pengguna hanya perlu melekatkannya di belakang peranti.

Aksesori ini dihadirkan dengan kapasiti bateri 1460mAh dan mampu mengecas peranti pada kadar 5W. Syarikat Apple mengesyorkan pengguna menggunakan pengecas 20W untuk mengecasnya.

Walau bagaimanapun, MagSafe Battery Pack ini direka untuk memberikan kuasa tambahan dan tidak dapat mengecas peranti dengan penuh disebabkan oleh kapasiti baterinya yang kecil.

Pengguna juga boleh mengecas iphone 12 dan MagSafe Battery Pack pada masa yang sama dengan menyambungkan pengecas pada MagSafe Battery Pack yang dilekatkan di belakang peranti.   

Jika pengguna menggunakan pengecas 20W, peranti akan dicas sehingga 15W oleh MagSafe Battery Pack dan apabila kadar cas bateri peranti mencapai 80% atau lebih tinggi, pengecas akan beralih kepada MagSafe Battery Pack untuk dicas.

Namun untuk pasaran tempatan belum diketahui bila akan tiba tetapi harga yang ditawarkan di laman sesawang Apple adalah RM479.

Sumber: theverge, apple

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: