in

‘Cikgu Tadika Viral’ Hempas Murid Dikenalpasti & Diambil Keterangan Polis

Cikgu tadika viral
ADVERTISEMENT

Sebuah video berdurasi 10 saat menjadi viral kerana tindakan seorang cikgu mengasari murid tadika dan dilihat seolah-olah mencampak kanak-kanak malang berkenaan.

Rata-rata ramai netizen yang berasa tidak senang dan marah dengan perbuatannya dalam kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah sekolah di Jalan Kebun, di sini, hari ini.

Dalam video tersebut, layanan buruk guru wanita terbabit kepada mangsa turut disaksikan kanak-kanak lain.

ADVERTISEMENT

Terkini menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib telah mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan menerima laporan mengenainya petang tadi.

“Saya mengesahkan laporan polis dibuat oleh ibu kanak-kanak itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak,” katanya.

Beliau juga mengesahkan guru terbabit sudah dikenalpasti dan dipanggil untuk memberi keterangan.

Ketika ditanya sama ada guru terbabit ditahan atau sebaliknya, beliau berkata, siasatan lanjut masih berjalan dan sedang dalam tindakan Jabatan Siasatan Jenayah.

Katanya, individu yang merakam video terbabit juga sedang dalam siasatan.

Berdasarkan komen orang ramai, Sheikh Al Fariq, salah seorang bapa yang mempunyai anak bersekolah di sana memaklumkan bahawa cikgu berkenaan akan diambil tindakan sewajarnya.

Difahamkan kes ini juga bertama kali berlaku di tadika itu sejak beroperasi selama 30 tahun.

Cikgu tadika viral

Sheikh Al Fariq

Namun, menurut laporan terkini di thereporter.my, seorang wanita mengaku sebagai perakam video dan sebagai guru praktikal di sana.

“Tolong betulkan balik ye. Saya cikgu praktikal, saya yang rekod. Cikgu itu (dalam video viral) cikgu tetap. Saya yang diberhentikan, bukan cikgu (tetap) itu.

“Saya rekod untuk video pembelajaran sebenarnya. Kena bagi kepada pensyarah sebab saya praktikal. Masa kejadian itu, saya tak perasan. Dah habis baru perasan dan betul saya dibuang (diberhentikan),”

Guru praktikal yang dikenali sebagai Irma berkata, dia mengaku dia membuat rakaman video itu. Seperti yang dilaporkan media semalam, video tersebut diviralkan oleh tunangnya. Akibatnya, Irma diberhentikan serta-merta.

Adegan kekasaran yang berlaku kepada murid lelaki itu disedari oleh tunang kepada guru praktikal berkenaan yang kemudian bertindak memuat naik klip video pendek itu di media sosial dan seterusnya viral sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

Bagaimanapun, menurut satu sumber, guru wanita berkenaan menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan apa yang berlaku dalam video tersebut hanyalah sekadar lakonan.

Polis kini sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Contoh Surat Kebenaran Majlis Perkahwinan / Kenduri Ketika PKP

Penambahbaikan Faedah Persaraan Atas Sebab Kesihatan (Pekeliling Bil 1 / 2021)