Netizen Teruja Dengan Karya Lukisan ‘Unik’ Yang Dibeli Sultan Selangor

SHAH ALAM, 12 APRIL: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berkenan membeli sekeping lukisan yang memaparkan kumpulan haiwan di Parlimen Malaysia.

Berdasarkan hantaran dan foto-foto yang dikongsikan di Facebook dan Twitter Selangor Royal Office hari ini, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang dikenali sebagai pengumpul lukisan mengakui karya tersebut “menarik perhatian” Baginda.

https://twitter.com/selangorroyal/status/1513747423184961539?s=21&t=BA3i0vD58UHul_tfGikYrg&fbclid=IwAR1yt8rKyvVieKr1H2fxjhoXd5MGVpYgrPurmhqHAjLxNHnXLyTqp5CA1PY

Tanpa menyebut pelukis atau judul karya itu, Baginda berhasrat menggantung lukisan berkenaan di bilik bacaan peribadi dan melelongnya untuk tujuan kebajikan pada masa depan.

Lukisan itu memaparkan dua kumpulan haiwan termasuk katak, gelar negatif untuk ahli parlimen bertukar parti, yang duduk bertentangan ketika dipengerusikan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

lukisan sultan selangor

Menggunakan imej yang seakan-akan di dalam dewan Parlimen Malaysia, bagaimanapun imej Yang Dipertua dalam lukisan tersebut kurang jelas.

Menurut sumber dan telahan orang ramai, ia mirip sekeping foto Tan Sri Azhar Azizan Harun pada 13 Julai 2020 sewaktu menyampai ucapan sulung sebagai speaker yang baharu.

lukisan sultan selangor
Karya lukisan apabila dilihat dari dekat (01)
lukisan sultan selangor
Karya lukisan apabila dilihat dari dekat (01)

Karya unik ini dikatakan mirip salah satu karya Banksy bernilai RM50 juta.

Karya Banksy, seorang seniman jalanan Britain, berjudul Devolved Parliament pula menunjukkan monyet cimpanzi dan orang utan berada di kerusi dewan berdasarkan sudut pandangan pintu masuk utama.

Karya Banksy, ‘Devolved Parliament’ yang dihasilkan pada tahun 2009

“Devolved Parliament,” kanvas terbesar Banksy berukuran 13 kaki ini dihasilkan pada tahun 2009 untuk pameran Banksy vs. Bristol Museum.

Versi lukisan yang diolah semula dan diberi tajuk baharu telah dipamerkan di Bristol pada Mac 2019, dengan perubahan pada butiran seperti pisang dan beberapa lampu.

Sultan Sharafuddin sebelum ini terkenal meminati seni lukisan dan memiliki koleksi pelbagai karya termasuk potret susur galur keluarga Baginda.

Sumber: Selangor Kini, CNN, Selangor Royal Family

Baca juga: 2 Kit Ujian Kendiri COVID-19 Dibatalkan Kelulusan Oleh MDA

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: