Xbox Melancarkan Lagi Versi Baharu Set Fon Kepala?
Pada awal tahun lalu, syarikat Microsoft telah melancarkan set fon kepala nirwayar untuk konsol mereka iaitu Xbox Wireless Headset.
Baru-baru ini, syarikat Microsoft melancarkan pula set fon kepala dengan wayar yang dinamakan sebagai Xbox Stereo Headset.
Walaupun terdapat beberapa ciri yang tidak ada pada Xbox Wireless Headset, syarikat Microsoft menyatakan set fon kepala ini mempunya rekaan yang sama seperti Xbox Wireless Headset.
Xbox Stereo Headset ini menyokong Windows Sonic, Dolby Atmos and DTS Headphone:X. Syarikat Microsoft juga menyatakan bass pada set fon kepala ini lebih kuat berserta kualiti audio dengan mid dan high lebih jelas.
Set fon kepala ini akan didatangkan dengan bicu audio 3.5mm yang akan disambungkan pada alat kawalan Xbox dan ianya tidak terhad kepada Xbox sahaja.
Pengguna boleh menyambungkan kepada peranti pintar, tablet, audio komputer dan juga mana-mana port sambungan yang sama.
Bagi pelarasan kelantangan audio, tombol boleh laras hanya disertakan pada bahagian kanan sahaja dan butang mute pula disertakan pada bahagian belakang mikrofon.
Xbox Stereo Headset akan dijual lebih murah berbanding Xbox Wireless Headset dengan tanda harga $59.99 (RM254) dan akan dijual bermula 22 September di Amerika Syarikat.