“Buta Akibat Glaukoma & Hampir Kemurungan,” Anak Dedah Kehebatan ‘Mata Hati’ Ibu

“dia mama yang hebat, dari aku and abang no2 dilahirkan sampai sekarang mama belum pernah tengok muka aku dan abang no2”

“mama aku tak macam orang lain.. mama aku OKU (orang kelainan upaya) mata dia tak nampak langsung, kadang bawa dia pi mana-mana orang kata dia sombong sebab tak balas senyum orang.. sorry hampa..” ujarnya.

Begitulah luahan seorang anak mengenai ibunya yang merupakan seorang OKU penglihatan.

Ramai yang tersentuh dengan kisah ibu ini kerana beliau berjaya bangkit dari kesedihan yang pernah dialaminya ketika dunia tiba-tiba gelap pada usia 28 tahun.

Kisah Mama Yang Hebat

Sebelum disahkan buta sepenuhnya akibat glaukoma, ibunya bekerja di stesen minyak di Chemor, Perak dan ketika itu tinggal bersama abang sulung dan arwah bapanya.

“Ketika itu mama tengah goreng telur dan dia rasa tak nampak apa-apa, terus panggil abang sulung untuk tengok dalam mata mama kalau ada bendasing… tapi malangnya memang tiada apa-apa.”

“Disebabkan itu, mama ambil keputusan untuk balik kampung di Sungai Buaya, Nibong Tebal di Pulau Pinang dan tinggal bersama mak tok (nenek).

“Dia cakap lebih mudah kerana sudah ‘hafal’ keadaan sekitar rumah berkenaan kerana membesar di situ… masa ni, mama boleh bergerak sendiri.”

“Masa tu mama tidak boleh terima kerana ia terjadi secara tiba-tiba, tapi lama-kelamaan reda dengan nasib yang menimpa dan menganggapnya sebagai ujian daripada Allah.”

“Selepas menerima keadaan diri, mama dan abah berpindah ke rumah sewa. Menyewa di situ selama kira-kira 12 tahun sebelum abah membina rumah sendiri dan ia dibuat mengikut perancangan mama supaya dapat memudahkan pergerakannya dalam rumah,” ujarnya

https://www.tiktok.com/@s.hjrrzk97/video/7044887573965163802?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Cekap Melakukan Kerja-kerja Rumah

Menurut anaknya, Siti Hajar, ibu memang hebat kerana mampu membesarkan mereka walaupun tanpa melihat.

Segala kerja rumah dapat dilakukan dengan cekap, termasuk menggunakan perkakas elektrik, memasak, menyiang ikan, menanam pokok bunga, malah mencuci periuk pun sampai licin berkilat!

Beberapa video dikongsikan oleh Siti Hajar untuk menunjukkan bagaimana ibunya mampu melakukan pelbagai kerja rumah dengan cekap:

“Walaupun hilang penglihatan, mama sangat cekap membuat kerja rumah. Hari-hari sapu sampah, kain buruk tu memang sedia ada atas bahu dia… ikan pun boleh disiang dan dibasuh bersih.

@s.hjrrzk97

macam ni lah cara orang tak nampak besiang ikan. dulu masa aku darjah 6 tak reti besiang ikan . mama yang ajarkan.

♬ DOTTO – Sound Effect

Tambah Siti Hajar, air tangan ibunya memang cukup istimewa. Malah, terkena periuk dan kuali panas adalah perkara biasa seperti ‘bermain’ saja.

Bab menyapu pula, memang habis bersih – macam guna penyapu ajaib!

“Siap boleh tahu kalau keadaan rumah kotor dan pastinya mama akan bising. Tambahan pula dekat nak raya ni, mamalah orang yang paling sibuk.

https://www.tiktok.com/@s.hjrrzk97/video/7073882238802267418?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Sepanjang menjalani kehidupan ‘baharu’, mama tak pernah pakai baju terbalik,” ujarnya sambil menambah kuali dan periuk yang dibasuh ibunya lebih berkilat berbanding orang celik.

Katanya lagi, ibunya yang berpewatakan periang dan sukar untuk susah hati membuatkan dirinya reda dengan takdir.

Siti Hajar juga mengucapkan syukur kerana walaupun nikmat penglihatan ibunya ditarik, namun Allah mengurniakan ‘mata hati’ untuk ibunya.

Bersyukur Dengan ‘Mata Hati’ Yang Dikurniakan Untuk Mama

Setakat ini, video Tiktok Siti Hajar telah meraih lebih 90K tontonan di aplikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen begitu kagum dengan ibunya yang ceria dan positif, serta menjadi inspirasi ramai.

Selain itu, ruangan komen dilimpahi dengan doa kesihatan ibunya agar dipanjangkan umur serta sihat tubuh badan.

Sumber: https://www.tiktok.com/@s.hjrrzk97

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: