Suka ‘Squid Game’? Ini 12 Lagi Drama & Filem Genre Survival Thriller Menarik

MINAT GENRE SURVIVAL GAME? INI 12 LAGI FILEM / DRAMA SURVIVAL THRILLER DENGAN VIBES YANG SERUPA

Filem Squid Game yang membuat kemunculan di Netflix kini menjadi trending di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia.

Ramai yang suka dengan drama siri Korea ini kerana ia menampilkan sisi berbeza berbanding drama yang biasa ditonton.

Ia mengisahkan permainan tradisi kanak-kanak yang dipertandingkan di kalangan mereka yang terdesak dan dibebani hutang.

Mereka ditawarkan jumlah hadiah berupa wang yang sangat lumayan, namun nyawa mereka menjadi pertaruhan.

Ibarat permainan kalah mati, sesiapa yang tidak berjaya ke pusingan seterusnya akan mati ditembak atau mati semasa perlawanan – dan tiada sesiapa akan dipersalahkan sekiranya mereka dipukul atau diapa-apakan sepanjang pertandingan tersebut berlangsung.

Namun tahukah anda, drama genre survival thriller ini sebenarnya telah lama menjadi genre yang popular di Jepun – dan ramai berpendapat drama siri dan filem Jepun lebih menarik berbanding Squid Game.

Kalau anda enjoy siri ‘Squid Game’ yang tengah trending sekarang, ini ada beberapa drama siri dan juga filem Jepun yang ada vibes sama.

Jom kami kongsikan trailer dan drama / filem tersebut. Sesetengahnya masih ditayangkan di Netflix dan turut trending dengan kemunculan drama Squid Game ini!

1. Alice In Borderland

Siri ni mengisahkan pasal 3 orang sahabat baik, satu hari diorang lari dari polis dan mengunci diri dalam tandas awam, tengah syok sembunyi sekali tu blackout.

So diorang keluar dan mendapati semua manusia kat Tokya sudah lenyap!
Persoalannya tak tahu manusia tu semua ke mana, kena sedut alian ke, apa ke.. Kira diorang memang tak tahu, kita sebagai penonton pon lagi lah tak tahu.

Sunyi sepi!!

Tiba-tiba skrin besar di sebuah bangunan menyala, menunjukkan arahan untuk sebuah permainan (game).

Mereka wajib sertai permainan ni. Permainan antara hidup dan mati, sewatu menyertai permainan tersebut peserta boleh mati, jika tidak menyertainya peserta turut juga akan mati. Jadi nak tak nak, memang tetap kena main jugak.

Kalau menang nanti dapat visa beberapa hari untuk teruskan hidup, kalau kalah matilah jawabnya.

Melalui permainan ni semua, kita akan dikenalkan dengan pelbagai watak. Setiap watak ada keunikan masing-masing, dan akan adalah babak imbasan semula untuk menceritakan masa lampau mereka.

Masih ramai peserta yang dipilih untuk menggadai nyawa, bukan 3 sahabat itu tadi sahaja rupanya.

Permainan yang disertai semua bahaya, tricky dan menaruhkan nyawa setiap peserta.
Apa yang sanggup dilakukan untuk terus hidup?

  • Kasih sayang
  • Pengkhianatan
  • Berbunuhan

Bertahan untuk hidup haruskah saling mengkhianati?
Satu pilihan yang menghukum jiwa selamanya.

Review oleh : Shukr Shukr

2. As The God Will

As The Gods Will ini diadaptasikan dari siri manga, Kamisama no iu Toori.

Shun Takahata cuma seorang pelajar sekolah tinggi biasa. Suatu hari, dia dan rakan sekelasnya dipaksa main game kematian.

Kalau ada yang bercakap atau masa bergerak semasa boneka kayu tradisional Jepun tu pusing, pecah kepala jawabnya.

Tanpa mengetahui siapa dalang di sebalik game ni, Takahata tiada pilihan lain selain cuba menang bagi bertahan hidup.

Seramm tau cerita ni… Tak percaya cuba tengok trailer ni pun dah rasa lain maciamm!

3. Joker Game: Escape

Kisah ini menceritakan bagaimana 7 gadis yang kalah dalam satu permainan ini dikumpulkan di suatu tempat.

Mereka harus menyertai “Escape Game of Death”, di mana ketujuh-tujuh mereka yang dikurung dalam sebuah bilik kena cari klu tersembunyi dan saling bekerjasama untuk larikan diri.

Drama survival thriller

Tapi disebabkan perangkap, mangsa pertama pun muncul… Apa terjadi selepas tu?

Kenalah tengok sampai habis!

3. Kaiji: The Ultimate Gambler

Kisah drama survival ini seakan-akan Squid Game, di mana permainan yang dipertandingkan adalah untuk tontonan orang-orang kaya yang hanya mahukan keseronokan dan keterujaan dengan melihat orang-orang miskin mati dengan tragik.

Filem ini dimulakan dengan watak seorang pemuda bernama Kaiji Īto yang dilakon oleh Tatsuya Fujiwara.

Drama survival

Pemuda yang boleh dikatakan seorang yang hopeless disebabkan taraf hidup yang miskin. Bekerja sebagai juruwang di sebuah kedai serbaneka.

Kaiji yang terdesak untuk hidup normal seperti orang lain tetapi tiada arah tuju dengan kehidupan yang sedia ada. Baginya miskin seperti satu takdir yang telah ditetapkan ketika lahir.

Padu satu hari ketika beliau balik dari kerja, secara tidak sengaja telah berlaku satu adegan dimana beliau telah menyepak pintu kereta seorang pemungut hutang.

Beliau tanpa disedari kereta tersebut ada orang. Terus ditangkap dan diugut dan kebetulan si pemungut hutang mencari seseorang yg berhutang dengannya. Dan Kaiji adalah org yang menjadi penjamin kepada si penghutang tersebut.

Jadi nak tak nak beliau di paksa untuk membayar hutang itu. Dan Kaiji memberitahu dan merayu yg beliau tidak ada wang untuk membayar. Kerana hutang itu adalah satu jumlah yang besar dari gaji diterimanya untuk setahun bekerja.

Si Pemungut hutang akhirnya memberi satu peluang untuk beliau melunaskan baki hutang dengan memberi beliau tiket untuk menyertai satu pertandingan. Malah ditawarkan hadiah berjuta juta yen jika beliau menang.

Kaiji dengan tidak ada pilihan, terus pergi ke sebuah Kapal mewah untuk menyertai pertandingan tersebut dengan harapan satu peluang untuk beliau hidup mewah.
Adakah beliau berjaya menyelesaikan hutang dengan permainan hidup dan mati ini? Itu kena tengok sendiri la..hahaha

Tapi apa yang boleh dirumuskan, cerita ini berkait rapat soal kehidupan semasa. Yang Miskin Yang Kaya, Hidup dengan penuh tipu helah.

Sesuatu yang sedang terjadi,akan terjadi kepada kita semua. Keputusan kita sama ada untuk meneruskan kehidupan yang serba mencabar ini.

Jika kita pilih untuk berjaya dan hidup jalan mana yang perlu kita hadapi?

Jika kita pilih untuk teruskan kehidupan semasa, adakah ia kekal tenang setiap masa..

Adakah jadi Kaya itu menang? Jadi Miskin itu kalah?

So, tanya diri sendiri untuk temukan jawapan tersebut…

Lupa nak cakap, Filem ini ada 2 lagi sequel iaitu:

  • Kaiji 2
  • Kaiji : Final Game

Review oleh : Arill San

Tengok trailer Kaiji (The Ultimate Gambler) di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=CjwhStKyrrY

4. Battle Royale

Okay guys , harini aku nak review movie Jepun yg lain dari yang lain . filem sebelum game PUBG & Fortnite booming…

Sinopsis: Battle Royale adalah filem yang diadaptasi dari novel ternama karya Koushun Takami. Menyaksikan budak-budak yang masih bersekolah dipaksa untuk membunuh satu sama lain.

Drama survival

Bayangkan lah korang di campak ke sebuah pulau , untuk keluar dari pulau tu , korang kena bunuh 1 sama lain . Siap ada kawan baik korang . Apa yg korang akan buat ? Haa ini lah inti cerita ni .

42 pelajar, 3 hari, 1 Pulau sepi: selamat datang ke Battle Royale. Sekumpulan pelajar dari sekolah menengah Jepun telah dipaksa oleh kerajaan mereka untuk bertarung dalam “Battle Royale” .

Ada macam2 jenis pelajar dalam tu main game ni , ada yang cara Psycho , Brutal habis , ada yang bunuh secara perlahan dengan cara seksual . Macam2 cara lagi ada . Malas nak spoil !!
Kalau korang belum tengok , korang wajib tengok . Tapi pastikan jangan tengok dengan budak2 , sebab cerita ni banyak darah ! Dah jalan cerita pon kena bunuh2.

Genre : Action / Thriller

Bagi mereka yang meminati filem thriller, aksi dan persahabatan, serius wajib tonton! Pengakhirannya sangat lah mantap !!

Personal rating : 8.8 / 10

Review oleh: Aqim Shah

5. Friends Game

Kali ini bukan nyawa jadi taruhan tapi persahabatan. Pengkhianatan antara sahabat yang mencetuskan api pertengkaran akan menyebabkan kekalahan dalam permainan ini.

Ryo Yoshizawa, terseret ke dalam permainan ini bersama dengan 4 sahabatnya. Mereka dibebankan sejumlah hutang yang dapat bertambah dan berkurang sepanjang permainan itu dengan syarat tertentu yang tidak diketahui.

Kalau curiga dengan kawan, kemungkinan untuk kalah makin tinggi. Kepercayaan terhadap sahabat saling diuji di sini.

squid game genre drama survival thriller

Sebenarnya Jepun memang selalu buat genre drama survival thriller game begini, dan banyak juga yang diadaptasi dari anime / manga.

Jadi tak hairanlah plot dan jalan cerita yang dibawakan makin lama makin kompleks dan sarat dengan elemen kejam, sadis, seram dan ganas.

Lagi cadangan drama / filem survival yang anda mungkin boleh cuba search nanti:

  • Girl Gun Lady
  • Kakegurui
  • Bingo
  • Tag
  • Limit
  • Mirai Nikki
  • Long Love Letter

Sebenarnya banyak lagi tau! Ini cuma sebahagian je sebab di Jepun memang banyak genre macam ni diorang buat.

Apapun, seeloknya jangan ditonton oleh 18 tahun ke bawah ya!

Selamat menonton.

Baca juga : Wayang Dah Buka! Ini SOP & Filem Terkini Yang Akan Ditayangkan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: