Filem Kursk, Hunter Killer & Last Breath, Trending Selepas Tragedi KRI Nanggala
SINOPSIS FILEM KURSK, LAST BREATH & HUNTER KILLER (FILEM BERTEMAKAN KAPAL SELAM)
Tragedi yang menimpa KRI Nanggala 402 di Perairan Bali minggu lalu telah mengejutkan orang ramai dan meruntun jiwa, terutamanya kepada ahli keluarga 53 anak kapal tersebut.
Bukan saja di Malaysia, malah nahas ini turut mendapat perhatian dari seluruh dunia.
Rata-rata ramai yang turut berasa sedih dan tidak dapat membayangkan keadaan yang dialami oleh mereka yang terkorban dalam nahas seperti ini.
Dalam minggu ini juga, beberapa filem berkaitan kapal selam kembali trending kerana begitu ramai ingin mengetahui sedikit sebanyak saat-saat akhir kejadian nahas kapal selam itu berlaku.
Baca juga: [GAMBAR] Kapal Selam KRI Nanggala Terbelah 3, Semua 53 Kru Terkorban
Di sini dikongsikan 3 filem yang kembali trending iaitu Kursk @ The Command, Hunter Killer dan Last Breath.
1. Filem Kursk @ The Command
Diadaptasi dari peristiwa tragedi kapal selam Kursk milik Rusia yang mengorbankan 118 anak kapal, filem Kursk ini adalah antara yang paling trending dalam minggu lalu.
Filem ini ditayangkan pada 2018 di bawah arahan Thomas Vinterberg.
Ia mengisahkan tentang tragedi kapal selam terburuk yang berlaku pada Ogos 2000 apabila tenggelam ke dasar laut Barents selepas melepaskan peluru torpedo semasa latihan.
Dari jumlah 118 orang kru pada awalnya, terdapat 23 kru yang masih selamat dan cuba bertahan di salah satu kompartmen yang masih selamat.
Dalam filem ini ditunjukkan bagaimana mereka terpaksa bertahan dari kesejukan air laut dengan persediaaan oksigen yang semakin menipis dengan harapan menunggu datangnya tim penyelamat.
Dari sisi lain, perbalahan pula terjadi di antara keluarga korban yang menuntut pemerintah yang ‘ego’ agar mengutamakan nyawa kru kapal yang masih tidak diketahui nasib mereka di dasar laut.
Baca juga: “Kami Tak Dapat Keluar,” Ini Nota Terakhir Komander Kapal Selam Kursk
Tonton trailer filem Kursk di bawah:
2. Hunter Killer
Filem bergenre aksi dan thriller ini mengisahkan tentang misi menyelamat Komander Kapal Selam Amerika Syarikat, Joe Glass yang diberi mandat untuk mencari sebuah kapal selam milik Amerika Syarikat yang hilang daripada radar selepas berada di perairan Rusia.
Hasil siasatan, pihak AS percaya hal ini terjadi kerana kapal selam mereka diserang oleh tentera laut Rusia.
Namun, penemuan Joe Glass mendapati satu rahsia baru apabila serangan tersebut bukan sahaja menyerang kapal selam AS tetapi juga kapal selam Rusia sendiri.
Akhirnya, Joe mendapati terdapat satu cubaan rampasan kuasa yang sedang dilakukan oleh menteri pertahanan Rusia yang cuba berpaling tadah dan dalam masa yang sama turut menculik Presiden Rusia sendiri tanpa pengetahuan kerajaan Rusia.
Disebabkan kru kapal selam dan negara dalam keadaan bahaya, Komander Joe Glass telah membentuk unit elit daripada bekas ahli Navy SEALs untuk menyelinap masuk ke perairan musuh dan menyelamatkan Presiden Russia yang telah diculik serta menghalang Perang Dunia Ketiga tercetus.
Gandingan pelakon-pelakon hebat terdiri daripada Gerard Butler (King Leonidas dalam filem 300), Gary Oldman (Darkest Hour, 2017), Common (John Wick: Chapter 2), Linda Cardellini (Avengers: Age of Ultron) dan Toby Stephens (Die Another Day).
3. The Last Breath
The Last Breath menampilkan sisi berbeza dalam sebuah filem berdasarkan kisah benar dari tahun 2012.
Mengangkat genre “thriller dokumentari”, ia mengisahkan Chris Lemons yang menyelam bersama rakan-rakannya untuk menyelenggara paip sebuah kapal di Huntington Oil Field, Laut Utara.
Namun apa yang tidak mereka ketahui adalah kapal itu mula bergerak, di mana sistem komputer yang sepatutnya mengekalkan kapal tersebut dalam posisi telah gagal berfungsi.
Ini menyebabkan kapal itu melayang di laut bergelora, menyeret penyelam dari kawasan tempat mereka bekerja dan akhirnya memutuskan ‘talian hayat’ yang membekalkan Lemons gas untuk bernafas, serta air panas untuk memanaskan jasnya, daya untuk cahaya, dan pautan radio ke permukaan.
Dia ditinggalkan hanya dengan beberapa minit gas bernafas yang terdapat di dalam silinder yang dipakainya dan
Dokumentari ini menggunakan rakaman sebenar dan audio yang dirakam pada waktu kemalangan di radio penyelam termasuklah kamera badan, ditambah dengan wawancara beberapa individu yang terlibat, serta beberapa rakaman yang dibina semula, untuk menceritakan kisah kemalangan.
Filem ini boleh ditonton di Netflix Malaysia.
Tonton trailer filem The Last Breath di bawah: