Mat Saleh Ini Hadir Mesyuarat Online Hanya Pakai Batik Curi Tumpuan Netizen
Sejak wabak pandemik melanda dunia, rata-rata daripada kita sudahpun berkerja dari rumah. Apabila bekerja dari rumah segala mesyuarat dan perbincangan juga hanya dibuat secara atas talian.
Bukan itu sahaja, bekerja dari rumah tidak perlukan kita memakai pakaian mengikut etika pemakaian di ofis, tetapi hanya memakai apa yang kita rasa selesa. Ada yang hanya memakai kemeja tetapi memakai seluar pendek di bawah.
Di laman Tiktor, tular satu video seorang ‘mat saleh’ mengenakan pakaian kemas di atas tetapi hanya memakai kain batik di bawah semasa sedang membuat panggilan video.
Menerusi akaun Tiktok milik @kevinolearytv itu, dilihat beliau sedang membuat panggilan video sambil memakai kemeja dan sut lengkap dengan tali leher tetapi hanya memakai kain batik berwarna biru.
@kevinolearytv What do you spend most on? Share this with someone who spends beyond their means! ##kevinoleary
♬ original sound – Mr. Wonderful
Video tersebut mencuri tumpuan netizen yang rata-ratanya daripada Malaysia kerana kain batik sememangnya sinonim dengan negara kita.
Siapa sangka orang luar negara turut berpakaian sedemikian rupa untuk menghadiri mesyuarat atau ‘conferences’ secara online.
Untuk pengetahuan anda, Kevin O’Leary merupakan seorang ahli perniagaan terkenal dan membintangi rancangan realiti TV Shark Tank sebagai pelabur.
Menerusi ruangan komen, netizen sempat bergurau mengatakan kain batik yang dipakai adalah milik ibu mereka dan meminta Kevin O’Leary untuk memulangkannya.