in

Penuh Teka-Teki, Ini 5 Filem Misteri Hollywood Yang Berbaloi Ditonton

Filem misteri hollywood
ADVERTISEMENT

5 FILEM MISTERI HOLLYWOOD TERBAIK

Filem atau drama yang bergenre misteri seringkali mendapat perhatian ramai berbanding filem atau drama berbentuk romantik kerana genre seperti ini dilihat mempunyai jalan cerita yang sama dan boleh dijangka.

Tidak dinafikan kehilangan orang yang tersayang adalah perkara yang menakutkan dalam hidup seseorang. Bagi peminat genre misteri, cuba anda tonton 5 filem Hollywood yang kami syorkan di bawah ini.

ADVERTISEMENT

Lima filem ini memaparkan situasi yang menyedihkan, beremosi dan mencabar kewarasan seseorang ketika menyelesaikan misteri serta persoalan.

5 Filem Misteri Hollywood Terbaik Yang Berbaloi Untuk Anda Tonton

1. Flightplan (2005)


Mengisahkan tentang seorang jurutera pesawat, Kyle Pratt (Jodie Foster) dalam perjalanan pulang dari Jerman ke New York untuk mengebumikan suaminya. Ketika dia bangun daripada terlelap, Kyle mendapati anak perempuannya hilang. Apabila bertanyakan pada kru pesawat, mereka mendakwa dia berseorangan daripada awal.

Kemudian, orang ramai mula mempersoalkan kewarasannya. Tetap ditentang, dia terus berjuang untuk mencari anaknya walaupun kelihatan sangat mustahil.

Baca juga: 5 Filem Bollywood Terkini Yang Anda Wajib Layan Di Netflix!

2. Gone Baby Gone (2007)


Filem arahan Ben Affleck ini mengisahkan tentang penyiasat persendirian Boston (Casey Affleck) yang berusaha mencari gadis yang hilang untuk dikembalikan pada ibunya (Amy Ryan).

Kes tersebut memaksanya untuk menyiasat suspek di kawasan kejiranannya sendiri dan juga rakan polis. Filem ini diadaptasi daripada sebuah novel yang menceritakan tentang sebuah misteri dan pelbagai kejutan yang tidak disangka.

3. Winter’s Bone (2010)


Diadaptasi daripada sebuah novel, filem ini mengisahkan seorang remaja, Ree (Jennifer Lawrence) yang menjaga dua orang adiknya kerana ibu bapanya tidak mahu bertanggungjawab.

Bapanya merupakan seorang penjenayah yang hilang secara tiba-tiba menjadikan rumah mereka sebagai jaminan. Memang misteri sangat apabila Ree mencari ayahnya kerana nasib keluarga mereka berada di tangannya. Malah nyawanya juga dalam bahaya kerana mahu mengetahui nasib ayahnya.

4. Prisoners (2013)


Filem ini mengisahkan tentang perjuangan seorang ayah, Keller Dover (Hugh Jackman) yang kehilangan anaknya secara tiba-tiba semasa mengunjungi rakan sekerjanya.

Setelah disiasat, pihak polis telah membebaskan suspek utama daripada kes ini. Kemudian, Keller dengan nekadnya mahu mencari anaknya sendiri walaupun terpaksa menggunakan kekerasan.

5. Searching (2018)


Mengisahkan tentang peristiwa yang unik iaitu pencarian kehilangan anak perempuan David Kim (John Cho) yang berlaku sepenuhnya melalui skrin komputer.

Kisah filem ini diceritakan melalui laman web, fail dan sembang video di komputer anak David. Ketegangan dapat dirasai apabila David menggunakan iPhone sebagai kamera filemnya sepanjang pencarian berlaku.

Filem misteri hollywood

Menarik bukan? Selamat menonton!

Baca juga: Bosan Di Rumah? Ini 5 Sekuel Filem Seram Yang Anda Wajib Layan!

Written by aisyah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

vaksin cansino

Vaksin Dos Tunggal Pertama, Cansino, Tiba Di Malaysia Hari Ini

DS Ismail Sabri Sah Dilantik PM Malaysia Ke-9 – Istana Negara