Famili Duo 3: Konsep, Senarai Peserta, Masa Tayangan
Famili Duo 3 | Program hiburan Famili Duo kini kembali lagi buat musim ketiga!
Terdapat 5 senarai peserta yang terdiri daripada pasangan keluarga selebriti bakal bertanding setiap minggu bagi merebut hadiah mingguan RM10,000 dan hadiah utama juara famili duo 3 bernilai RM100,000.
Jom baca lebih lanjut mengenai program hiburan TV3 ini melalui perkongsian di bawah.
Famili Duo 3 – Konsep
Untuk pengetahuan anda, Famili Duo ini adalah merupakan sebuah program rancangan hiburan realiti TV berkonsepkan Rancangan Nyanyian Keluarga yang pada asalnya disiarkan di 8TV.
Uniknya, apa yang membezakan program ini daripada rancangan lain ialah program ini menampilkan gandingan selebriti yang membuat persembahan nyanyian bersama ahli keluarga mereka.
Berikutan penampilan sulungnya pada 14 Februari 2021, Famili Duo berjaya mencapai matlamatnya untuk mempromosikan nilai keluarga dan mengukuhkan ikatan sesama ahli keluarga melalui kuasa muzik.
Di setiap episod, lima peserta daripada pasangan selebriti dengan hubungan keluarga, akan diberikan tugasan yang berbeza. Juara mingguan bakal memenangi hadiah wang tunai. Setiap persembahan dan pemarkahan dinilai oleh hakim tetap iaitu dan Ajai dan Mas Idayu.
Bagi musim 3 Famili Duo dibawakan khas oleh penaja utama iaitu Ogawa, Elegent Cosmetic sebagai penaja bersama dan Centrum sebagai rakan penaja.
BACA JUGA: MYTV, Nikmati Pelbagai Saluran Percuma – Tanpa Cas Bulanan!
Peserta Famili Duo 3
Pada musim ketiga ini, Famili Duo FD3 akan menampilkan tujuh pasangan selebriti. Berbeza dengan 40 pasangan musim pertama dan 7 peserta untuk musim kedua.
Pada sidang media Famili Duo 3, hanya lima pasangan diperkenalkan kepada umum manakala identiti pasangan keenam hanya didedahkan pada episod pertama program yang bakal memulakan siarannya 15 Oktober ini.
Berikut merupakan senarai peserta FD3:
- Shila Amzah dan Syahir Amzah
- Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi (adik-beradik)
- Fuad Rahman dan Tom (suami isteri)
- Ryan Bakery dan Adam Bakery (adik-beradik)
- Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (sepupu).
- *Bakal diumumkan pada episod pertama
Juri pertandingan
Ajai dan Mas Idayu kekal sebagai juri Famili Duo 3
Pengacara
Izzue Islam dan Janna Nick terus diberi kepercayaan menjadi pengacara bagi Famili Duo 3 ini.
Format Pertandingan Dan Hadiah
Untuk musim ini, semua peserta bakal bersaing setiap minggu dengan tema berbeza untuk memenangi hadiah mingguan. Pemarkahan akan ditentukan oleh hakim tetap (70%) dan undian dalam talian oleh penonton (30%).
Setiap penonton boleh membuat undian sebanyak 10 kali setiap minggu manakala penonton yang melanggan TontonUP pula mendapat kelebihan istimewa apabila boleh mengundi duo kegemaran sebanyak 50 undian.
Untuk edisi kali ini, pasangan yang menjadi juara mingguan bakal memenangi hadiah bernilai RM10,000 pada tujuh episod pertama.
Seterusnya, finalis di pentas akhir FD3 berpeluang merebut hadiah wang utama sebanyak RM100,000.
Masa Tayangan Dan Siaran Langsung
Persembahan minggu 1 (Episode 1) Famili Duo 3 akan bersiaran secara langsung dari Glenmarie, pada 15 Oktober 2023.
Rancangan yang bakal bersiaran selama 8 episode ini akan bersiaran langsung pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3.
Untuk penonton yang tidak hadir ke studio pula, penonton boleh menonton menerusi live stream secara langsung di www.tonton.com.my.
Tonton Famili Duo 3 dengan pengalaman lebih mengasyikkan dengan TV Xiaomi 4K UHD