Bosan Di Rumah? Ini 5 Sekuel Filem Seram Yang Anda Wajib Layan!
Anda peminat filem genre horror? Bagi penggemar filem seram dan thriller, anda pasti tidak akan membiarkan malam anda berlalu tanpa menonton filem seram terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi ketika ini banyak masa kita dihabiskan di rumah sahaja.
Untuk penuhi masa lapang anda , ajak keluarga atau rakan anda binge watch filem seram yang kami senaraikan di bawah ini. Semua filem ini ada di aplikasi Netflix.
Fear Street: Part 1, 2, 3 (2021)
Mula ditayangkan pada bulan Julai 2021, Fear Street (2021) mengisahkan tentang rangkaian kejadian seram di sebuah kota fiksi yang bernama Shadyside. Siapa sangka setiap kejadian yang berlaku sebenarnya berpunca daripada sumpahan yang telah terjadi selama beratus tahun.
Bermula daripada tahun 1666,1978 dan 1994, filem ini merupakan filem sekuel. Filem ini bermula pada latar masa 1994 sehingga membawa ke tahun-tahun sebelumnya. Misteri sumpahan ini dirungkaikan perlahan- lahan menerusi trilogi filem ini.
Happy Death Day: 2 Seasons (2017, 2019)
Berkisarkan tentang kematian, semua orang pasti tidak pernah membayangkan hidup mereka berakhir akibat dibunuh. Namun peristiwa ini berlaku kepada seorang gadis apabila dia dapat melihat dirinya dibunuh dalam kedaan yang ngeri.
Gadis tersebut harus menerima bahawa dirinya mati dibunuh dan akan bangun semula pada hari yang sama. Lebih mengujakan, hari gadis tersebut dibunuh merupakan hari kelahirannya. Macam mana gadis tersebut menghadapi kejadian ini dan bagaimana dia dapat mengehentikan situasi tersebut?
Scream: 4 Seasons dan 1 Remake (1996-2022)
Pertama kali ditayangkan pada tahun 1996, filem sekuel Scream mengisahkan tentang pembunuhan berantai yang muncul dalam kostum yang mengerikan. Pembunuh tersebut akan memburu setiap mengsa dan membunuh mereka dengan cara yang ngeri dan sadis.
Filem ini merupakan insipirasi daripada kisah benar.Insiden pembunuhan ini pernah berlaku di Gainesville,Florida dan pembunuh misteri tersebut membunuh pelajar-pelajar satu persatu. Pasti kejadian ini menjadi mimpi buruk kepada mereka yang berada di situasi tersebut!
Insidious: 4 Chapters (2010-2018)
Ditayangkan julung kali pada tahun 2011 di Amerika Syarikat, filem Insidious mengisahkan rentetan kejadian seram yang berlaku kepada sebuah keluarga yang baru sahaja berpindah ke rumah baharu. Keluarga tersebut diganggu oleh roh-roh jahat yang ada di dalam rumah tersebut.
Pelbagai cara yang dilakukan untuk melepaskan roh-roh jahat tersebut namun ianya tidak semudah yang dijangka. Bagaimana mereka sekeluarga menghadapi roh-roh jahat selama beberapa tahun lamanya?
The Babysitter (2017-2020)
Seorang babysitter telah diupah oleh sebuah keluarga untuk menguruskan kanak-kanak lelaki bernama Cole. Namum, siapa sangka bahawa babysitter yang dianggap sebagai seorang yang baik sebenarnya menyimpan misteri yang mengerikan.
Misteri tersebut merupakan kuasa roh-roh jahat dan pembunuhan yang ngeri. Cole dihantui dengan peristiwa tersebut ketika kecil sehingga membawa ketika dia remaja.
Jadi, mana satu filem horror yang anda nak tonton dahulu? Selamat menonton!