in

Rita Rudaini Tak Kisah Tiada Tawaran Berlakon Kerana Tak Vaksin

ADVERTISEMENT

Pelakon jelita Rita Rudaini mendedahkan bahawa ada pihak yang juga merupakan golongan seni sanggup memfitnah dirinya sedang menjalankan penggambaran lakonan tanpa mengambil vaksin.

Jelas ibu kepada dua orang anak ini, dia kini hanya di rumah sahaja bersama anak-anaknya dan menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

ADVERTISEMENT

Perkara ini dikongsi sendiri oleh aktress wanita itu menerusi Instagram Stories miliknya. Ujar Rita, spekulasi ini timbul hanya untuk menambah-nambahkan cerita.

“Alahai sabar lah wahai teman…..Jangan takut sangat rezeki awak. Rezeki awak dengan saya tak sama.Tuhan dah asingkan dah. Tak payah berebut wahai teman,”

“Saya ada sahaja di rumah…tak kemana-mana pun. Tengah main dengan tanah, masak, kemas rumah,” katanya.

Rita Rudaini bersama dua orang anak lelakinya.

Terbaharu, kerajaan telah besetuju untuk melonggarakan Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa 1 bagi industri kreatif berkuatkuasa bernmula 9 September ini.

Menurut pelakon filem Anak Mami ini, dia tidak kisah sekiranya namanya digugurkan daripada mana-mana pihak kerana belum divaksiin, dia sudah bersedia menerima dengan hati yang terbuka dan redha.

“Saya percaya dengan rezeki yang tuhan tetapkan, mereka gugurkan nama saya dalam drama 100 episod pun saya okay sebab Allah dah tulis begitu,”

Sumber: Instagram Rita Rudaini

“Saya sentiasa bersangka baik dengan dia (Allah) sebab apa yang dia tidak bagi itu pasti ada sebabnya.Dia takkan pernah menghampakan hamba-hambanya.

“Jadi,percayalah…apa yang dengki sangat dengan saya,” tulisnya.

Sebelum ini, Rita Rudaini menerima perhatian orang ramai semenjak menjadi terbuka berkenaan hak individu dalam pengambilan vaksin. Ternyata pendirian Rita menerima reaksi yang pelbagai daripada warganet.

Sumber: Instagram Rita Rudaini

Written by aisyah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PPN: Borang Kebenaran Rentas Daerah / Negeri PDRM Terkini (Download)

homestay selangor private pool

Senarai Homestay Di Selangor / KL / Putrajaya Dengan Private Pool (Terkini)