5 Filem Bollywood Terkini Yang Anda Wajib Layan Di Netflix!

5 FILEM BOLLYWOOD TERKINI YANG ANDA WAJIB LAYAN DI NETFLIX !

Negara India sememangnya dikenali sebagai negara yang mempunyai produksi filem yang hebat. Tidak hairanlah kini Bollywood menjadi salah satu industri perfileman yang terbesar di dunia.

Sebagai bukti, sejak kecil lagi kita membesar dengan menonton filem-filem hebat India seperti Kuch Kuch Hota Hai, Mohhabatein, Kaho Naa Pyaar Hai dan banyak lagi.

Tidak hanya hebat dari segi jumlah filem yang dilancarkan, kualiti filem, jalan cerita, sinematografi dan beberapa aspek lain juga semangnya wajar dipuji kerana setanding dengan filem-filem Hollywood.

Bagi anda yang ingin menonton filem Bollywood dari India yang terbaru di Netflix, di sini kami akan senaraikan beberapa filem yang boleh anda tonton untuk mengisi masa lapang anda.

Jangan risau, 2 jam anda tidak akan sia-sia bila layan filem-filem di bawah ini. Check it out!

filem bollywood netflix

5 Filem Bollywood Terkini Yang Anda Wajib Layan Di Netflix!

Haseen Dillruba (2021)

Language: Hindi
Runtime: 135 Minutes
Director: Vinil Mathew
Cast: Taapsee Pannu, Vikrant Massey, Harshvardhan Rane
Genre: Crime Thriller, Romantic Drama 

Menggabungkan elemen romantik, misteri dan thriller dalam satu naskhah, filem ini mengisahkan mengenai Rani Kashyap yang berkahwin dengan Rishu, seorang jurutera atas percaturan keluarga.

Namun, perkahwinan tersebut tidaklah seindah yang dipertontonkan.Bermula dengan masalah di atas katil membawa kepada kecurangan Rani bersama sepupu Rishu, Neel.

Plot bertukar menjadi misteri apabila rumah mereka tiba-tiba meletup. Yang ditemui ‘selamat’ hanyalah sebelah tangan Rishu yang bertatukan nama ‘Rani’.

Pihak polis mengesyaki Rani membunuh Rshu kerana skandalnya dengan Neel sudah ketahuan, namun tiada bukti kukuh yang boleh mengaitkan Rani dengan jenayah tersebut.

Apa yang jadi seterusnya? Anda kena tonton sendiri di Netflix.

Baca juga: Bosan Di Rumah? Ini 5 Sekuel Filem Seram Yang Anda Wajib Layan!

Mimi (2021)

Language: Hindi
Runtime: 132 Minutes
Director: Laxman Utekar
Cast: Kriti Sanon, Pankaj Tripathi, Manoj Pahwa
Genre: Drama 

Mengisahkan seorang wanita bernama Mimi yang menjadi ibu tumpangan kepada pasangan suami isteri dari Amerika yang bernama John dan Summer. John dan Summer pergi ke Rajasthan untuk mencari seorang wanita muda yang sihat untuk menjadi ibu tumpangan kerana Summer tidak mampu untuk melahirkan anak. 

Bhanu yang merupakan seorang pemandu teksi merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Mimi kepada John dan Summer.

Mimi yang bercita cita ingin menjadi seorang artis Bollywood yang terkenal seperti Priyanka Chopra tapi mempunyai masalah kewangan dan akhirnya bersetuju untuk menjadi ibu tumpangan selepas mendapat tahu bahawa bayaran yang bakal diterima daripada pasangan suami isteri tersebut adalah sebanyak 20 lakhs.

Tetapi, satu berita yang disampaikan oleh doktor yang bertanggungjawab terhadap kandungan Mimi telah menyebabkan John dan Summer melarikan diri dari Mimi. Apakah beritanya? 

Department (2012)

Language: Hindi
Runtime: 141 Minutes
Director: Ram Gopal Varma
Cast: Sanjay Dutt, Amitabh Bachchan, Rana Daggubati
Genre: Crime Thriller

Sebuah unit pasukan polis rahsia yang bernama Department telah ditugaskan untuk menamatkan permusuhan kumpulan yang merbahaya. Namun misi mereka tergugat akibat berlakunya politik di dalam pasukan dankesetiaan mereka sebagai anggota polis juga telah diuji.

Filem yang diterbitkan pada tahun 2012 ini pernah mengundang kontroversi kerana menggunakan sudut kamera dan teknik penyuntingan yang agak berani. Selain itu, filem ini juga turut mendedahkan kisah-kisah korupsi dalam kalangan anggota polis.

Baru sahaja ditayangkan di Netflix pada bulan Julai lalu, filem ini semestinya menjadi salah satu filem aksi terbaik Boolywood yang anda wajib tonton.

Feels Like Ishq (2021)

Language: Hindi
Seasons: 1
Episodes: 6
Cast: Radhika Madan, Amol Parashar, Rohit Saraf
Genre: Romantic Comedy

Feels Like Ishq merupakan  sebuah siri antologi asal India yang baru sahaja ditayangkan di Netflix.

Siri yang mengangkat tema cinta ini mempunyai enam episod dan setiap episod mempunyai jalan cerita cinta yang berbeza. Radhika Madan, Amol Parashar, Rohit Saraf, Kajol Chug, Saba Azad dan Sanjeeta Bhattacharya merupakan pelakon utama di dalam siri ini.

Setiap cerita menceritakan kehidupan pemuda-pemudi yang berusaha menghadapi gejolak emosi yang muncul saat berhadapan dengan seseorang yang mereka cintai.

Bagi anda yang meminatai genre romantik, siri ini merupakan pilihan terbaik untuk anda kerana keenam- enam episod ini penuh dengan kejutan cinta yang tidak dijangka!

Chhota Bheem movies

Language: Hindi
Runtime: 65 Minutes (approximately)
Cast: Jigna Bhardwaj, Rupa Bhimani
Genre: Kids, Animation

Chotta Beam merupakan siri animasi di India .Mula ditayangkan pada tahun 2008 di Pogo TV , kisah ini seorang kanak-kanak lelaku bernama Bheem bersama rakan-rakannya di kerajaan fiksi Dholakpur.  Dalam siri ini Bheem dan rakan-rakannya terlibat dalam melindungi Raja (Hindi untuk Raja) Indravarma dari Dholakpur untuk menyelamatkan kerajaan dari berbagai kuasa jahat. 

Pelbagai halangan dan rintangan yang diharungi oleh mereka sepanjang filem ini. Bagi penggemar filem animasi, anda boleh cuba menonton filem ini. Mungkin ada dalam kalangan anda yang belum merasai pengalaman menonton filem India dalam bentuk animasi!

Ini antara 5 filem dan siri terbaik yang kami senarai untuk tontonan anda di rumah. Kelima-lima ini sememangnya merupakan filem terbaik Bollywood ketika ini. Selamat menonton!

Baca juga: 6 Tips Hias Bilik Jadi Workstation. Confirm Terus Jadi Produktif!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: