Jawan, Filem Bollywood Terkini 2023: Sinopsis, Barisan Pelakon, Trailer

Jawan, Filem Bollywood Terkini 2023: Sinopsis, Barisan Pelakon, Trailer | Buat penggemar filem Bollywood, anda memang wajib meluangkan masa untuk menonton filem terbaru ini, Jawan. 

Jom baca info lebih lanjut mengenai filem Jawan ini di bawah. 

jawan

Jawan

Jawan adalah merupakan sebuah filem action-thriller hasil karya yang ditulis bersama dan diarahkan oleh seorang penerbit filem dikenali sebagai Atlee, atau nama sebenarnya Arun Kumar. 

Filem ini  diterbitkan oleh Gauri Khan dan Gaurav Verma di bawah Red Chillies Entertainment, iaitu sebuah syarikat penerbitan filem yang dikendalikan oleh keluarga Shah Rukh Khan. 

Menerusi akaun Youtube Red Chillies Entertainment, video pengumuman tajuk filem ini telah ditonton sebanyak lebih daripada 41 juta kali!

Sebenarnya, filem ini dirancang akan ditayangkan di pawagam pada 2 Jun 2023 seperti yang tertera di poster rasmi. 

jawan

Walaubagaimanapun, disebabkan beberapa faktor tertentu, tarikh tayangan filem ini ditunda kepada 7 September 2023.

Tambahan lagi, bagi menjangkau lebih ramai penggemar filem Bollywood, filem ini juga akan ditayangkan dalam lima bahasa sekaligus iaitu Hindi, Tamil, Telugu, Malayalam dan Kanada. Filem ini berdurasi 2 jam 49 minit.

BACA JUGA: Suka ‘Squid Game’? Ini 12 Lagi Drama & Filem Genre Survival Thriller Menarik

Sinopsis Filem Jawan

Secara ringkasnya, filem Jawan ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Vikram yang berniat untuk membaiki kesalahan masa silamnya dan nekad untuk membalas dendam atas penderitaan yang dialaminya.

Dalam trailer filem ini, Shah Rukh Khan dilihat memegang peranan sebagai agen rahsia yang menganggotai sebuah pasukan khusus. Dalam pasukan inilah Vikram bertemu seorang wanita bernama Sanya (Nayanthara) yang mempunyai latar belakang serta misi yang sama untuk melawan kejahatan. 

jawan

Barisan Pelakon

Filem ini dibintangi oleh pelakon Bollywood terkenal iaitu Shah Rukh Khan dan beberapa barisan pelakon terkenal yang lain. Berikut merupakan senarai pelakon bagi filem Jawan:

PelakonWatak
Shah Rukh KhanVikram Rathore / Azaad Rathore
NayantharaSanya
Vijay SethupathiKaalie Gaikwad
Deepika PadukoneAishwarya Rathore
PriyamaniLakshmi
Sanya MalhotraDr Eeram
Sunil GroverIrani
Sanjeeta BhattacharyaHelena
Girija OakIshkra
Lehar KhanKalki
Aaliyah QureishiJahnvi
Riddhi DograKaveri
Mukesh ChhabraPappu

Anda boleh semak waktu serta tayangan filem Jawan di pawagam melalui pautan di bawah :

BACA JUGA: Lokasi Panggung Wayang Kanak-kanak: GSC Play+, TGV Family, MBO Kecil

Trailer Rasmi

Anda boleh saksikan trailer rasmi filem ini di Youtube Red Chillies Entertainment  melalui pautan berikut:  https://youtu.be/COv52Qyctws?si=3xvk__FE5an5zW-E

Tunggu apalagi, jomlah ajak rakan dan keluarga untuk tonton filem Jawan di pawagam terdekat anda!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: