Iphone 13 Dijangka Bakal Diperkenalkan Di Acara Maya Pada 15 Sept

Pastinya peminat dan pengumpul barangan jenama Apple sangat tertunggu dengan kehadiran Iphone 13.

Sebentar tadi Apple telah mengumumkan akan membuat cara maya dan telah menjemput para media yang akan diadakan pada 14 September, 10 pagi – iaitu 15 September 1 pagi masa Malaysia.

Walaupun tidak diumumkan apakah produk yang akan diperkenalkan pada acara terbabit, desas-desus menyatakan acara ini adalah untuk pelancaran siri iPhone 13, iOS 15 versi stabil, Apple Watch Series 7 dan iPad baharu.

Siri produk Apple iaitu Iphone sangat dinantikan oleh ramai orang kerana dikatakan akan menerima naik taraf kamera dengan takuk lebih kecil, bateri lebih besar, kadar segar semula 120Hz dan lain-lain.

Dikatakan model iPhone 13 juga bakal menawarkan warna-warna yang menarik seperti hitam (black),  perak (silver), gangsa (bronze) dan emas (gold). Warna merah jambu (pink) akan turut serta bersama warna hitam, putih, biru, PRODUCT (RED) dan juga ungu.

Seperti sebelum ini, Apple akan mengadakan acara ini secara atas-talian dan ianya diadakan di Apple Park.

Bagi yang berminat untuk menstrim acara ini, anda boleh saksikannya di laman web Apple.com. Sama-sama kita nantikan apakah yang akan diperkenalkan oleh Apple untuk acara pada kali ini.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: