in

Ini Peranti Yang Menyokong iOS 15, iPadOS 15 dan WatchOS 8. Boleh Dimuat Turun Pada 21 Sept

ADVERTISEMENT

Baru-baru ini Apple telahpun mengumumkan dan melancarkan produk terbaharu mereka iaitu iPhone 13, Apple Watch Series 7, iPad Mini baharu dan iPad 10.2 pada 15 September yang lepas.

Selain itu, Apple juga mengumumkan kesemua model baharu ini datang dengan sistem operasi baharu iaitu iOS 15, iPadOS 15, WatchOS 8 dan tvOS 15.

ADVERTISEMENT

Walaupun belum boleh memiliki siri produk terbaharu Apple, anda yang ingin merasai sendiri sistem operasi terbaharu daripada Apple ini, anda boleh memuat turun sendiri dengan mengemas kini perisian peranti anda.

Bagi yang menetap di Malaysia, sistem operasi terbaharu ini boleh dimuat turun bermula jam 1 pagi esok 21 September 2021.

Anda juga boleh mencari sendiri waktu kemas kini boleh dimuat turun menerusi grafik di bawah sekiranya anda berada di bandaraya selain Kuala Lumpur.

Anda disarankan untuk membuat sandaran iCloud atau di komputer terlebih dahulu bagi memastikan data peribadi anda dapat dikembalikan sekiranya kemas kini perisian terbaharu ini menyebabkan ketidakstabilan pada peranti anda.

Harus diingat bahawa kemas kini boleh berlaku ketidakstabilan muat turun bakal berlaku secara serentak di peringkat global.

Anda boleh periksa senarai di bawah adakah peranti anda boleh menyokong perisian terbaharu ini.

Senarai Peranti Yang Boleh Memuat Turun iOS 15.

  • iPod touch (Gen 7)
  • IPhone XS Max
  • ‌iPhone‌ XS
  • iPhone XR
  • ‌iPhone‌ X
  • ‌iPhone SE‌ (2020)
  • ‌iPhone SE‌ (2016)
  • iPhone 8 Plus
  • ‌iPhone‌ 8
  • iPhone 7 Plus
  • ‌iPhone‌ 7
  • iPhone 6s Plus
  • ‌iPhone‌ 6s
  • iPhone 12 Pro Max
  • iPhone 12 Pro
  • iPhone 12 Mini
  • iPhone 12
  • ‌iPhone 11‌ Pro Max
  • iPhone 11 Pro
  • iPhone 11

Senarai Peranti Yang Menerima iPadOS 15

  • iPad Pro – semua model
  • iPad mini (Gen 4 dan ke atas)
  • ‌iPad Air‌ 2
  • iPad Air (Gen 3 dan ke atas)
  • iPad (Gen 5 dan ke atas)

Senarai Peranti Yang Akan Menerima watchOS 8

  • Apple Watch Series 3
  • Apple Watch Series 4
  • Apple Watch Series 5
  • Apple Watch Series 6
  • Apple Watch Series SE

Senarai Peranti Yang Akan Menerima tvOS 15

  • Apple TV 4K (Gen 1 dan Gen 2)
  • Apple TV HD

Written by affiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi Kek Tapak Kuda Nutella Terlebih Gebu. Mudah Dan Jimat!

5 Petua Rawatan Pertumbuhan Gigi Bongsu Yang Memeritkan!