PLKN 3.0: Program Latihan Khidmat Negara Bakal Diadakan Semula
PLKN 3.0 bakal diadakan kembali setelah program ini dimansuhkan sejak beberapa tahun yang lalu.
Sebelum ini, Program Latihan Khidmat Negara ini diwujudkan untuk para pelajar lepasan SPM atau remaja warganegara Malaysia berusia 18 tahun yang dipilih untuk menjalani kursus latihan wajib selama 3 bulan di Pusat Latihan PLKN di serata negara.
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 ini bakal diadakan dengan pendekatan latihan berbeza termasuk mewajibkan belia menjalani latihan di kem tentera.
Baca info lebih lanjut mengenainya di bawah.
Pengenalan PLKN
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mula diperkenalkan pada Disember 2003 sebagai program yang menyediakan modul latihan selama tiga bulan meliputi modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti.
Ia dilancarkan pada 16 Februari 2004, apabila 26,000 remaja dipilih sebagai kumpulan pertama untuk menyertai siri pertama PLKN, diikuti 59,000 lagi sebagai kumpulan ke-2 & ke-3 yang masing-masing memulakan latihan pada Mac & April 2004.
Struktur Latihan Khidmat Negara merangkumi latihan asas Ketenteraan yang meliputi aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan, aktiviti asas kawad, abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, jungle tracking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api.
Elemen Kenegaraan / Pembentukan watak meliputi sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya.
Sementara itu, elemen Khidmat Masyarakat meliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemahaman sosial tempatan, pemulihan, alam sekitar, taklimat kesihatan, menderma darah dan sebagainya.
Program ini pernah dihentikan selama setahun pada 2015 ekoran langkah rasionalisasi perbelanjaan dan diperkenalkan semula pada 2016 sebagai PLKN 2.0.
Namun, pada 2018 Mesyuarat Kabinet memutuskan untuk memansuhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tatanegara (BTN) serta-merta.
Sumber: Arkib Negara Malaysia, JLKN, Astro AWANI
Pelaksanaan PLKN 3.0
Untuk makluman anda, PLKN 3.0 yang bakal dilaksanakan kali ini akan dibuat di kem tentera.
Bagi pelaksanaan kali ini, sebanyak 13 kem wataniah seluruh negara akan digunakan dan satu kem Pusat Latihan Polis (Pulapol) boleh digunakan untuk latihan selama 45 hari yang boleh menampung 4,000 orang untuk setahun.
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan menggunakan modul kombinasi latihan ala ketenteraan sebanyak 90% dan modul kenegaraan sebanyak 10% selain lokasi latihan yang akan menggunakan kem-kem latihan milik kerajaan seperti Kem Wataniah AngkatanTentera Malaysia (ATM), kem latihan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
PLKN 3.0 akan dilaksanakan dalam dua fasa, dengan Fasa 1 dijalankan di peringkat sekolah melibatkan pelajar Tingkatan Empat, dengan fokus mempertingkatkan program badan beruniform sedia ada.
Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mereka melangkah ke Fasa 2. Dalam fasa ini, mereka akan disambut oleh agensi lain.
PLKN Fasa 2 inilah yang akan mengambil masa 45 hari dengan 90 modulnya berfokuskan ketenteraan untuk membina peserta menjadi belia yang berdaya tahan, bertenaga dan sihat, manakala 10 peratus adalah berdasarkan inisiatif pembinaan negara.
>> Pastikan anda membawa kasut sukan yang sesuai semasa dalam latihan. Dapatkan promosi Kasut Sukan Adidas di sini.
PLKN 3.0 bertujuan untuk menyediakan belia terlatih yang mempunyai perwatakan yang kuat dan cinta yang mendalam terhadap negara mereka, yang akan melengkapkan mereka untuk pekerjaan masa depan di agensi kerajaan yang penting seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, dan Pertahanan Awam Paksa.
Dengan menganjurkan PLKN 3.0 di kem tentera dan pusat latihan polis, dan menggaji anggota tentera sebagai tenaga pengajar dalam kemudahan ini, kerajaan boleh mengurangkan perbelanjaan tahunan daripada RM500 juta kepada RM100 juta.
BACA JUGA: SPPP SSM – Panduan Pendaftaran SSM Percuma Untuk B40 & Pelajar
Syarat Kelayakan PLKN 3.0
PLKN diwajibkan untuk remaja lepasan SPM atau berumur 17 tahun.
Lokasi
Lokasi latihan yang dicadangkan adalah di kem-kem latihan milik kerajaan seperti 13 Kem Wataniah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dan kem latihan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
Tarikh Pelaksanaan PLKN 3.0
Tarikh pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 ini belum diputuskan lagi. Maklumat terkini akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut dan info terkini mengenai pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 ini, sila layari:
- Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia
- Laman Web Rasmi https://mod.gov.my/ms/