10 Makanan Bawah RM10 Yang Anda Kena Cuba Di Family Mart

SENARAI MAKANAN SEDAP BAWAH RM10 DI FAMILY MART (CONFIRM SEDAP & DITANGGUNG HALAL!)

Orang Malaysia sememangnya menggemari makanan enak dan murah. Lebih-lebih lagi jika makanan tersebut menjadi viral. Pasti ramai yang sanggup beratur untuk mencuba makanan tersebut.

Salah satu kedai yang sering mendapat perhatian masyarakat Malaysia adalah Family mart.

Berasal daripada negara Jepun, Family mart Mula memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2016 .Kini FamilyMart dilihat mula menyebarkan sayap mereka ke seluruh negeri di Malaysia

Berikut adalah jenis makanan di Family Mart yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia dan hanya berharga di bawah RM10 sahaja. Anda wajib cuba!

Baca juga: Sedap Dan Viral! Ini 5 Kedai Kopi Lokal Yang Anda Boleh Cuba

Senarai Makanan Sedap Bawah RM10 Di Family Mart (Sedap & Ditanggung Halal!)

1. Pineapple Tart Sofuto

makanan sedap family mart

Pineapple tart futato merupakan antara menu terbaru yang ditawarkan oleh FamilyMart. Memenuhi citarasa tempatan, tart ini sememangnya menepati citarasa rakyat Malaysia.

Dengan harga hanya RM3.88 setiap satu, anda mesti cuba tart ini di Family Mart!

2. Onigiri

makanan sedap family mart

Onigiri merupakan sejenis makanan yang sama seperti sushi tetapi ia berbentuk segitiga dan intinya nasi yang dibalut dengan rumpai laut. Family mart menawarkan onigiri pelbagai perisa seperti grilled salmon, salted salmon, chicken mayo dan tuna mayo.

Onigiri ini hanya berharga RM4.50 sahaja untuk setiap satu.

3. Caramel Dalgona Coffee Sofuto

makanan sedap family mart

Minuman ini merupakan menu yang baru ditawarkan pada tahun 2021. Untuk anda yang menggemari kopi, anda boleh cuba minuman ini.

Sajian minuman ini boleh didapati dengan harga RM7.90 sahaja. Ianya dijual di seluruh rangkaian FamilyMart Malaysia.

4. Salmon Bar

makanan sedap family mart

Peminat ikan salmon perlu cuba salmon bar ini sebagai kudapan kerana rasanya yang sedap dan berbaloi. Ikan salmon ini cuma berharga RM2.90 untuk setiap satu. Berbaloi kan?

5. Bubble Cha Cha

Tak rugi jika anda cuba minuman baru daripada Family mart ini. Anda boleh menikmati minuman ini sama ada sejuk atau panas.

Bubble cha cha ini berharga RM8.90 untuk minuman sejuk manakala minuman panas pula berharga RM6.90.

6. Lobster Flavoured Crab Stick

Hanya berharga RM4.90, penggemar ketam pasti wajib mencuba hidangan ini.

Namun ia hanya dijual di kedai FamilyMart terpilih sahaja.

7. Soft Serve Ice Cream

Aiskrim juga merupakan menu popular di FamilyMart. Dengan perasa Matcha dan Vanilla sebagai perasa asas, ia turut mempunyai pelbagai perasa lain yang ditawarkan mengikut garis masa tertentu. Anda boleh mengikuti sosial media mereka untuk tawaran terkini.

Harga untuk setiap aiskrim adalah RM2.90, rasa yang enak serta teksturnya yang lembut sememangnya membuatkan pelanggan akan membelinya sekali lagi.

8. Frappe

Minuman yang seronok dinikmati ketika cuaca panas. Anda boleh memilih pelbagai perasa seperti susu, kopi, atau coklat untuk diminum bersama.

Minuman ini berharga RM8.90 dan ia sesuai untuk diminum ketika cuaca panas.

9. Sandwich

Pelbagai jenis sandwishes dihidangkan seperti teriyaki chicken, chicken katsu, crab meet, egg, ham, tuna mayo, chicken mayo dan sardine mayo boleh didapati di Family Mart.

Sedap juga bila dimakan pada waktu pagi sebagai sarapan.

10. Lemon Drink

makanan sedap family mart

Sekiranya anda meminati minuman yang ringkas, boleh mencuba minuman lemon ini yang disertakan bersama konjac jelly dan nata de coco. Boleh sejukkan tekak bila musim panas.

Untuk pengguna Islam yang tertanya-tanya samada produk makanan dan minuman yang dijual di FamilyMart halal atau tidak, jangan risau, mereka telah mendapatkan kelulusan pensijilan halal daripada JAKIM sejak tahun 2019.

(Rujuk : http://www.halal.gov.my)

Jadi, makanan mana yang anda nak cuba terlebih dahulu?

Sumber: Instagram Family Mart

Baca juga: Ini SOP & Tips Menginap Di Hotel Yang Anda Perlu Ikut Selepas Tamat PKP

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: