‘Jalan Lengang, Macam Pulau Zombie’ – Wanita Kongsi Kisah Bercuti Di Langkawi

Ketika Pulau Langkawi diumumkan akan dibuka kepada rakyat Malaysia untuk bercuti dengan pelaksanaan projek rintis ‘Travel Bubble’, mungkin ramai yang masih pesimis. Ada yang menyangkakan ramai rakyat Malaysia akan bersesak ke sana sebab mading-masing dah lama tak bercuti.

Malah, ada yang berkongsi gambar sampah-sarap di perairan Pulau Langkawi yang kononnya mengatakan pelancong kembali membanjiri pulau tersebut.

Namun hakikatnya, Pulau Langkawi masih lagi sunyi dan sepi walaupun telah diberi kelonggaran dan dibuka kepada pelancong.

Perkara ini diceritakan sendiri oleh salah seorang pengguna Facebook, Sabarina Yaacob yang telah berkunjung ke Langkawi pada 18 – 20 September 2021.

Lebih sedih lagi, kebanyakan premis masih tutup dan kelihatan para peniaga seolah-olah begitu terdesak menunggu kehadiran pelancong.

Berikut kami kongsikan pengalaman beliau sepanjang percutian tersebut.

Pengalaman Bercuti Ke Langkawi 18-20 September 2021

Waktu saya up nak ke langkawi..ramai yang kecam..sekecam kejamnya😅ada yg kata blik nnti dia akn gali kubur kat saya..ada yg kata bodo bingai😌sampai terpaksa delete pos tu.

18/9/21
Bertolak ke langkawi dengan AirAsia dr penang.sampai sana nak ambek grab..tetiba tengok pk cik tua tala mai..offer..cik..naik dengan saya..saya bg stgh harga dr grab..cik somi terus setuju..bukan kerana lebih murah..tp kerana muka pak cik tu..

Dlm keta.. sembang2..dia cerita..

Pak cik tunggu2 langkawi bukak.pkp ni..kami yg keja mcm ni..”teruk” sangat..klu tak dibantu..bendera putih turun naik saja..Bila kerajaan kata Langkawi nak bukak..pk cik..sujud syukur..seronok macam nak raya😅

Malam…
Keluar jalan kaki nak pi makan…tengok..Ya Allah..berderet kedai “bungkuih”. chalet dan hotel kelam gelemat..kosong, usang terbiar.. hati jadi sebak..tereyak tak berasa..

Tengah jalan..sorg abg offer keta sewa..ambekla….sewa sehari RM80.. uisshhh.mahai..kami nak mutu ja.

Sembang2..akhirnya..dia kata..ambekla abg..RM80..naik la dari la..sampai abg balik(3 hari jgk)..nk ke airport nnti pon saya hntaq😲

Saya pasti..kalau saya langkah tiga langkah lagi..RM50 pon dia bg..kesian rasa hati.

Jadi naikla kami keta comel Alto sepanjang dok sana..syukur..kalau naik mutu..haruss lokoeh..hujan manjang😅

Siangnya..berjalan2..
Tekejut yang sesungguhnya..

Langkawi tak seperti saya tengok dlm fb dan berita2 viral..katanya..bersesak2..padat..PEMUHUNG PAIT semua tu😅sepanjang kat sana..tak dak sekali pon beretuh bau dengan sapa2..

Sepanjang jalan lengang..selisih keta pon sekali sekala..teringat abg keta semalam cerita..masa pkp ..langkawi sunyi sepi..macam pulau zombie…jalan tak dak sapa lalu..buleh tidoq bangkit..tidoq balik..pon tak dak org lalu lagi.

Jalan2 kat pantai..hanya kami..dan kami…ada bbrp orang bandaran sapu sampah..dan sorg dua penduduk tempatan.

Bergerak ke Mall nak cari coklat..hanya ada bbrapa kedai bukak..contoh Watson,body shop..saja bukak..yang lain…kosong sebolog segara😅

Coklat jugak sangat murah..lelong saja yang mana sebulan dua lg nak sepayed..saya beli serba cikit..sebab yakin dan pasti..beli balik..tak dan 3 hari cerah..

Yang shoping banyak.. biscoff dan nutella.tu pon dari kuah sampai chenang..satu kedai ja ada biscoff..kat warisan..hat ni jangan risau..bukan hat dekat sepayed na..fresh2 gitu…sebab.. Biscoff memang laku keras..pi la mana2 bakery kat sp..memang selalu habis..berebut begomoi nak dapat pon.

20/9/21

Sepatutnya kami naik ✈️ pukul 5.30ptg..sampai airport pukul 3..tot2 pekerja AirAsia kata..kakkk.kami dah hantar email.. flight tukar.. bertolak awal..1.30 td..kak tak tengok email ka..

Aduhaiii
Ceq oiii..mak cik ni mai bercuti.. bercanda di pasiran pantai..mana la nak perasan kalau ceq hantaq kat email..wasap ka call buleh gagah.

Jadinya..tanpa dirancang..semalam lagi di Langkawi🤣🤣🏖️🏝️yehhhuuuu🤣

Tapi..
Saya nak tekankan..pelancongan ke Langkawi dibuka..hanyalah sekelumit usaha hidupkan ekonomi..disamping bg cikit kelonggaran pada rakyat merasai kebebasan dan menenangkan jiwa..
kalau rasa takut..tak mau keluaq mana2..dudukla berkurung dalam rumah buang 2@3 taun lagi..tak dak sapa marah.

Dan pelancongan dibuka bukan kerana kita sudah selamat..
Tapi..
Kerana ekonomi tenat…

Jaga diri ..jaga sop walau kat mana pon kita🥰

Sumber: Sabarina Yaacob

NOTA: Sebelum ini, sebuah perkongsian tentang pengalaman beliau bercuti di Langkawi juga tular kerana semua gambar dikongsikan juga menunjukkan keadaan yang lengang dan sunyi sepi.

Baca perkongsian beliau di sini:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4891162447564020&id=100000109394008

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: