in

Langkawi Dibuka Semula Sempena Hari Malaysia 16 September Ini

ADVERTISEMENT

LANGKAWI DIBUKA SEMULA SEMPENA HARI MALAYSIA

Kerajaan negeri sedang berusaha dan menjangkakan pembukaan semula sektor pelancongan di Langkawi pada 16 September ini sempena Hari Malaysia.

ADVERTISEMENT

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pembukaan sektor itu bergantung sepenuhnya kepada laporan kemajuan yang akan disediakan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah juga mengambil kira jumlah kes harian di pulau peranginan tersebut.

“Saya bermesyuarat khas kelmarin dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bagi memohon nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) tentang tarikh pembukaan Langkawi,” ujarnya kepada media semasa lawatan ke Pusat Operasi Bencana Yan Perikatan Nasional di Kampung Acheh, semalam.

Baca juga: Grand Lexis Tawar Promosi Istimewa Merdeka 2021, Wajib Lengkap 2 Dos

Katanya, kerajaan negeri mengalu-alukan cadangan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), MKN dan JKN Kedah bagi membolehkan industri pelancongan di Langkawi dibuka semula.

Sementara itu, semasa meraikan petugas sukarelawan di Kem Kenari Venture Park, beliau mengingatkan semua petugas Jabatan Amal Malaysia bahawa kerja kebajikan memberi impak yang besar kepada PAS.

“Kerja-kerja kebajikan ini memberi impak yang besar kepada PAS di dalam mempromosi dan memasarkan PAS kepada masyarakat dalam bidang siasah, tarbiah dan kebajikan selain memperkenalkan Jabatan Amal Malaysia ini kepada masyarakat setempat,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada petugas Jabatan Amal Malaysia yang tanpa jemu melaksanakan kebajikan kepada masyarakat.

“Terima kasih juga kepada semua yang menyumbang dalam bencana ini dari hari pertama sehingga ke hari ini yang tidak putus-putus dengan kehadiran orang ramai untuk menghulurkan bantuan,” ujarnya lagi.

Sumber: Harakah Daily

Baca juga: Ini SOP & Tips Menginap Di Hotel Yang Anda Perlu Ikut Selepas Tamat PKP

Written by aisyah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Rupanya Ini Petanda Kucing Selalu Datang Ketika Menjamu Selera

Harga Borong & Runcit Kit Ujian Kendiri (RTK COVID 19) – KPDNHEP