Cara Tukar Tarikh Penerbangan AirAsia Akibat Wabak Pandemik

Umum ketahui wabak pandemik yang sedang melanda dunia ketika ini. Wabak ini telah menyebabkan ekonomi dunia lumpuh terutamanya sektor yang melibatkan pelancongan disebabkan kebanyakan negara menutup sempadan masing-masing.

Selain daripada syarikat penerbangan terjejas akibat daripada penutupan sempadan ini, pelanggan yang telah menempah tiket penerbangan juga terkesan. Ada yang telah menempah tiket namun terpaksa dibatalkan akibat daripada perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Di Facebook, satu perkongsian di buat bagaimana seorang lelaki ini menukar tarikh penerbangan beliau ke tarikh baru tanpa caj tambahan disebabkan krisis wabak pandemik ini.

Sebelum itu pastikan dah ada info ni :

1) PNR (no booking 6 aksara)
2) Nama keluarga/Nama ayah (ikut yang kita taip masa beli dulu)
3) Nama penumpang
4) Tarikh lahir penumpang
5) Emel yang dipakai masa beli tiket flight
6) Tarikh & masa yang korang nak tukar tu (jangan masa buat tu baru nk bincang or nak cari detail)

Cara Tukar Tarikh Penerbangan Akibat COVID-19

1 – Buka Apps AirAsia -> Menu -> Chat with AVA
2 – Pilih COVID-19

3 – Pilih National Restricted To Travel
4 – Pilih Move Flight

5 – Pilih ‘Yes’
6 – Masukkan No Booking Flight

7 – Masuk Nama (Seperti Dalam Tempahan)
8 – Masuk Nama Penumpang

9 – Masukkan Tarik Lahir (Ikut Format)
10 – Masukkan Emel Yang Digunakan Semasa Membeli Tiket

11 – Pilih ‘Y’ Jika Ada Tempahan Lain dan ‘N’ Jika Tiada

12 – Pilih Tarikh Baru
13 – Pilih Masa Baru

14 – Pilih ‘Y’ Untuk Teruskan
15 – Itinerari Baru Akan Diemel Kepada Emel Anda

Cara Untuk Refund Tiket Akibat COVID-19

Sumber: Facebook Hafidz Dz

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: