Take Note 5 Perkara Ini Jika Mahu Travel Selepas PKP

TIPS TRAVEL SELEPAS PKP

Sudah lebih setahun kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan. Sudah pasti ramai yang tidak sabar untuk melancong dan mengembara setelah sekian lama berkurung di rumah sahaja.

Rata-rata kita pasti memilih untuk berlibur bersama keluarga dan rakan bagi melepaskan geram kerana sekatan pergerakan merentas daerah dan negeri yang dijalankan selama ini. Tidak kiralah kita memilih lokasi domestik ataupun antarabangsa sebagai destinasi percutian kali ini.

Walaupun kerajaan telah mengumumkan kebenaran untuk bercuti ke Pulau Langkawi, Kedah bagi individu yang telah lengkap dua dos vaksin, namun terdapat perkara penting yang perlu diambil kira sebelum bersedia untuk mengembara semula.

Kali ini kami kongskan lima perkara penting yang perlu diambil kira sebelum membuat keputusan untuk bercuti . Take note!

Baca juga: Feeling Bali! 5 Villa Di Malaysia Yang Anda Mesti Pergi Lepas PKP

TIPS: Take Note 5 Perkara Ini Jika Mahu Travel Selepas PKP

1. Insuran mengembara

12 things to look for when reviewing a contract - The Cincinnati Insurance  Companies blog

Segelintir merasakan perkara ini sebagai satu hal yang remeh atau pembaziran. Tetapi, bayangkan jika sesuatu yang berlaku seperti kemalangan, masalah kesihatan atau kematian yang berlaku terutama ketika berada di negara orang.

Oleh itu, insuran mengembara dapat pembantu bagi mengatasi situasi sebegini. Disarankan agar pilih polisi insuran yang bukan sahaja memberi perlidungan rawatan hospital, malah turut memberi pelindungan perubatan bagi Covid-19.

2. Cecair sanitasi tangan dan tisu lembap

The 6 Best Hand Sanitizer Wipes Available to Shop Right Now | Health.com
Kredit foto: health.com

Sebagai persediaan atau memastikan tangan anda benar-benar bersih dan bebas kuman, sebaiknya bawa bersama cecair sanitasi tangan atau tisu lembap sebagai persediaan.

Bukan sahaja memastikan tahap kebersihan kawasan atau objek yang disentuh, tetapi perkara itu juga dapat membantu penularan sebarang penyakit berjangkit.

3. Jangan sentuh muka

tips travel pkp
Kredit foto: newsmedical

Umum mengetahui salah satu perkara yang boleh menyebabkan penularan virus Covid-19 selain melalui udara ialah menyentuh bahagian wajah seperti mata, hidung dan mulut dengan tangan.

Anda dinasihatkan agar menggunakan cecair sanitasi atau tisu lembap selepas menyentuh sebarang permukaan seperti tombol pintu, meja, kerusi atau pintu lif. Pastikan tisu yang telah digunakan itu dibuangkan di tempat yang sepatutnya dan tidak terdedah kepada individu lain.

4. Tetap jaga jarak

tips travel pkp

Disebabkan penularan virus Covid-19 boleh berlaku dengan pantas, sebaiknya jaga jarak anda dengan individu lain terutama ketika berada di tempat awam. Sekiranya anda ingin menyertai perhimpunan awam atau berada di kawasan terbuka, pastikan anda memakai pelitup muka dan tetap kekal jaga jarak antara satu sama lain.

5. Ketahui tahap kesihatan

tips travel pkp
Kredit foto: vmlegal

Penjagaan kesihatan amat penting terutama ketika ingin mengembara. Sekiranya anda mengembara dalam keadaan tidak sihat, pastikan bekalan ubat ada dibawa bersama termasuk pelitup muka.

Amalkan sikap bertanggungjawab dengan cara melindungi individu lain agar tidak dijangkiti berbanding ‘obses’ melindungi diri daripada dijangkiti daripada orang lain.

Bagi anda yang tidak sabar untuk melancong, pastikan pilihan lokasi yang strategik selain memudahkan pergerakan sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini.

Sumber: Gobraoad.com

Baca juga: Ini SOP & Tips Menginap Di Hotel Yang Anda Perlu Ikut Selepas Tamat PKP

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: