in

Angry Birds Activity Park Umum Akan Ditutup 5 April Ini

ADVERTISEMENT

Semalam Angry Bird Theme Park Johor Bahru telah mengumumkan bahawa ia akan ditutup secara rasmi pada 5 April 2021 nanti.

Penghentian operasi ini diumumkan melalui media sosial mereka semalam, 16 Mac 2021 melalui poster berikut:

Angry bird park ditutup

Walaupun belum ada sebarang siaran media yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan, namun penutupan itu dipercayai akibat kesan terhadap PKP yang telah melanda negara lebih setahun lamanya.

Jadi, sebelum hari penutupan taman tema ni, jom beli barangan merchandise sebagai kenang-kenangan dan sokongan.

Bukan itu sahaja, anak-anak juga boleh rakam kenangan terakhir ke sini sebelum ia ditutup secara rasmi.

Baca juga: 14 Apps Pendidikan / Bahan Bantuan Mengajar (BBM) Untuk Anak (Bahasa Malaysia)

Proses sanitasi dibuat bagi memastikan taman tema berada dalam keadaan selamat dan bersih untuk pengguna.

Angry bird park ditutup

Selamat tinggal Angry Birds Activity Park Johor Bahru dan terima kasih atas keseronokan buat anak-anak kecil yang datang dekat sini!

Bermula sekarang hingga 5 April 2021 ibu ayah masih berpeluang ke Angry Birds Activity Park sebelum ia ditutup.

Baca juga: Promosi Tealive RM2.60 Dengan ShopeePay (Dari 10 Mac – 30 April 2021)

Sila rujuk info di bawah untuk lokasi dan waktu operasi:

Angry Birds Activity Park JB

  • Level 3, KOMTAR JBCC, Johor Bahru City Centre, 80000 Johor Bahru
  • Waktu operasi: 11.00 Pagi – 7.00 Malam
  • 07-266 9924

Facebook Page Angry Birds Activity Park Johor Bahru,
https://www.facebook.com/AngryBirdsActivityParkJB/

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cara Cuci Barang Kemas Guna Sunlight, Berkilat Macam Baru!

Budak 3 Tahun Maut Selepas 4 Jam Tertinggal Dalam Kereta Pengetua