Cara Daftar Ahli Keluarga Dalam Aplikasi MySejahtera. Mudah Nanti Scan Sekali Je!

Sejak wabak pandemik berlaku diseluruh dunia ini, pelbagai undang-undang diperkenalkan bagi membendung wabak daripada tersebar lebih meluas. Antara standard of procedure (SOP) yang diperkenalkan ialah setiap orang perlu mendaftar di dalam aplikasi MySejahtera setiap kali memasuki mana-mana permis perniagaan.

Sebelum ini setiap orang yang ingin memasuki ke permis perniagaan perlu mendaftarkan nama dan nombor telefon secara manual. Namun sejak aplikasi MySejahtera yang dibangunkan oleh kerajaan Malaysia ini, ia sangat memudahkan semua orang kerana menjimatkan masa dan lebih selamat kerana tidak perlu bersentuhan.

Tetapi pernahkah anda berada di dalam situasi di mana perlu beratur ramai sedangkan yang beratur adalah terdiri daripada ahli keluarga yang sama seperti anak-anak dan ibu bapa? Leceh kan?

Sebenarnya ada cara anda boleh daftarkan nama ahli keluarga anda di dalam aplikasi MySejahtera ini. Jadi mudah bila setiap kali anda ke permis perniagaan bersama ahli keluarga, anda hanya perlu scan sekali sahaja mewakili semua ahli keluarga anda. Mudahkan?

Di Twitter, seorang lelaki nama Wan Aizat berkongsi bagaimana caranya. Mari kita lihat perkongsian beliau di bawah ini.

1) Pergi ke aplikasi MySejahtera. Kemudian pergi di ‘Home’ MySejahtera. Di bahagian atas ada ‘More’. Klik di situ.

2) Nanti akan keluar macam dalam gambar di bawah ni. Klik sahaja di ‘Manage Dependents’.

3) Kemudian, akan keluar seperti gambar di bawah ini. ‘Add Dependents’ di bahagian bawah. Selain mengisi nama anak-anak, korang juga boleh memasukkan sekali nama ibu bapa yang selalu korang bawa keluar berjalan-jalan namun mereka tidak menggunakan telefon pintar. Isi nama dengan jenis perhubungan sekali.

4) Pastikan nama mereka semuanya betul. Selepas itu, bila hendak check-in menggunakan aplikasi MySejahtera, akan keluar “i’m with…”. Klik nama-nama yang sedang berada dengan korang ketika itu. Namun jika korang sedang bersendirian, terus klik sahaja ‘Check-In’ di bawah sekali seperti biasa.

Nampak mudah je kan? Sekali daftar dan setiap kali nak masuk ke permis perniagaan hanya perlu scan sekali sahaja. Senang sangat nak pastikan yang kita semua mematuhi SOP yang telah ditetapkan Kerajaan dalam membendung penularan pandemik COVID-19 ini.

Jadi, selamat mencuba!

Sumber: Twitter Wan Aizat

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: