in

Cara Check In Air Asia Online Untuk Elak Bayar Caj RM20 Di Kaunter

cara check in air asia online
ADVERTISEMENT

Cara check-in online Air Asia untuk mengelakkan bayar caj RM20 check-in di kaunter

Dengan kebenaran rentas negeri, ramai yang dah mula bercuti dan pulang ke kampung halaman. Tambahan pula dengan cuti akhir tahun yang semakin dekat kan?

Ada yang balik kampung atau bercuti naik kapal terbang tu mungkin dah lupa cara nak check_in Air Asia di kaunter dan print tiket dan tag pada beg.

ADVERTISEMENT

Jadi, di sini kami kongsikan sebuah hantaran terkini oleh Nur Azziema tentang prosedur check-in Air Asia di kaunter untuk mengelakkan anda daripada kena caj tambahan RM20!

Jom kita tengok caranya:

Cara Check-In Air Asia Online

Salam, saya share cara check-in online Air Asia untuk mengelakkan bayar caj RM20 check-in di kaunter.

Caption pada setiap gambar, harap membantu ya!

LANGKAH 1

Open mysejahtera -> profile -> click show QR

LANGKAH 2

Barcode yg diperlukan semasa check-in adalah barcode yg lgkap 2 dos vaksin

Tips 1 : screenshot sijil vaksin (sent screenshot tu tadi ke Whatsapp siapa-siapa yang berdekatan dengan korang, untuk memudahkan korang scan QR code nanti guna handphone @ ambil gambar sijil vaksin guna handphone lain)

Tips 2 : screenshot sijil vaksin, pilih upload QR Code dlm apps air asia nnti & upload sijil vaksin yang dah di screenshot tadi

check in air asia

LANGKAH 3

Next open apps Air Asia -> check-in @ search google (Air Asia check-in)

LANGKAH 4

Masukkan family name & booking number.

check in air asia

LANGKAH 5

next akan keluar mcm ni, kena scan @ upload barcode sijil vaccine .

Cara scan @ upload sila baca semula step pertama di atas.

check in air asia
  • Selepas settle check-in, kita akan dpt 1 barcode, barcode tu nanti scan dekat kiosk untuk print tiket & bag tag
  • Ulang scan barcode yang sama sekiranya perlukan lebih bag tag (cntoh : 5 beg bwk masuk cargo, so scan barcode 5 kali untuk dptkan 5 keping bag tag)
  • Last skali pegi kaunter untuk check-in beg
  • Sila datang awal ke airport, musim sekarang ramai org kat kaunter sebab masih ramai yang buat check-in tiket kat kaunter, sy sndiri pun hampir tertinggal flight pagi semalam

SELESAI!

Sumber asal: Nur Azziema (https://www.facebook.com/groups/10150113787085206/posts/10167742625590206/)

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tuntutan perjalanan pesara

Permohonan Tuntutan Perjalanan Rawatan Perubatan Pesara Kerajaan

Kronologi Kes Zulfarhan: Dibelasah Kerana Dituduh Curi Laptop Oleh ‘Bomoh’