Wajib Cuba! Ini 6 Restoran Makanan Korea Popular Di Lembah Klang
TERINGIN MAKANAN KOREA? JOM CUBA 6 RESTORAN MAKANAN KOREA YANG POPULAR DI LEMBAH KLANG!
Bagi anda yang menggemari K-drama atau rancangan-rancangan dari negara Korea, pasti anda akan biasa lihat makanan-makanan Korea yang ternyata menyelerakan.
Keadaan sudah tidak sesukar dulu. Jika dahulu anda perlu terbang ke Korea untuk menikmati hidangan Korea, kini di Malaysia sahaja sudah banyak restoran yang menyajikan makanan Korea. Apa yang penting makanan Korea di sini dijamin halal.
Bagi anda yang berada di sekitar Lembah Klang dan sedang craving untuk menikmati makanan Korea, kali ini kami akan senaraikan restoran makanan Korea yang popular di sekitar Lembah Klang. Check it out!
Baca juga: 7 Restoran Makanan Cina HALAL Di KL Yang Anda Wajib Cuba
6 RESTORAN MAKANAN KOREA POPULAR DI LEMBAH KLANG
1. Seoul Garden
Rasa-rasanya anda pasti sudah tahu kewujudan Seoul Garden ini kan?
Terdapat di beberapa buah pusat beli belah, Seoul Garden menyediakan hidangan 2 dalam 1, restoran ini merupakan satu-satunya tempat yang membolehkan anda menikmati makanan berpanggang dan sup pilihan dalam satu masa.
Terkenal dengan perapan yang terbaik sama ada daging, kambing, ayam mahupun makanan laut, memang tak rugilah makan dekat sini.
Makanan di sini disediakan secara buffet dan banyak pilihan makanan yang anda dipilih. Anda juga boleh makan sepuas-puasnya dan pastikan keluar dalam keadaan yang kenyang!
- Lokasi: Melawati Mall, Paradigm Mall, Sunway Pyramid, 1 Utama [Senarai Lokasi Lain]
- Waktu: 10:00 pagi -10:00 malam (Waktu atau perkhidmatan mungkin berbeza di setiap lokasi)
2. Dookki Malaysia
Anda menggemari tteokbokki atau dikenali sebagai kek beras?
Tengok dalam drama, memang nampak sedap sangat rasanya!Kalau tengok drama Korea pasti nampak pelakonnya makan makanan ini. Nampak menyelerakan betul!
Jika anda mahu mencuba pengalaman makan tteokbokki yang sedap, apa kata anda kunjungi Dookki Malaysia.
Ada pelbagai jenis kek beras yang dibawa khas daripada Korea Selatan, anda boleh nikmati hidangan tteokbokki dengan kek ikan, ayam, makanan laut, tempura dan pelbagai makanan lain.
Sekiranya anda penggemar makanan pedas, anda boleh request tahap kepedasan tteokbokki kepada pelayan.
- Lokasi: L1-12B, IOI City Mall, IOI Resort, City Lebuh IRC, 62502, Putrajaya
- Waktu: 11:30 pagi – 10:00 malam
3. Sweetree Restaurant
Tekak teringin nak makan dakgalbi, BBQ Korea, samgyetang, ayam goreng Korea dan sebagainya? Cuba pergi ke Sweetree Restaurant.
Sebut sahaja apa makanan korea yang anda teringin nak makan, semuanya ada di sini. Selain daripada makanan Korea, anda juga boleh mencuba beberapa makanan lain seperti pasta, kentang goreng mahupun Vietnamese wrap.
- Lokasi: Lot 13 L1, L2 & Lot 12 L1, Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor
- Waktu: 11:30 pagi – 9:00 malam
4. SeoulNami Korean BBQ
Terletak di Garden Mall, SeoulNami Korean BBQ menawarkan on-table grill Korean BBQ yang sangat sesuai untuk pelanggan yang datang secara berkumpulan kecil mahupun besar.
Menu terkenal mereka adalah Chuncheon Chicken BBQ iaitu potongan ayam lembut yang terdapat dalam 4 jenis perisa dari spicy hot pepper sehingga sweet honey butter.
- Lokasi: F-215 The Gardens Mall, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur
- Waktu: 11:00 pagi – 10:30 malam
5. Eid Authentic Korean Cuisine
Bagi anda yang belum tahu, Eid Authentic Korean Cuisine merupakan restoran halal yang dibuka oleh pasangan suami isteri Muslim Korea.
Menghidangkan pelbagai jenis menu yang menarik dan khas dari Korea, beberapa menu seperti bibimbap, bebola nasi kimchi, dan bulgogi pedas menjadi pilihan pelanggan tempatan.
Jika hendak datang kesini, pastikan anda datang secara berkumpulan supaya anda boleh mencuba kesemua makanan yang disediakan di sini .
- Lokasi: 8-19-01, Jalan Medan Pb 7A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
- Waktu: 12:00 tengah hari – 10:00 malam
6. Gangnam Station Restaurant
Berita baik untuk anda yang berada di Shah Alam dan teringin makan makanan Korea! Anda boleh kunjungi Gangnam Station Restaurant.
Pelbagai jenis menu dan restoran ini mempunyai pekerja yang mesra, ramai pelanggan datang untuk mencuba menu berasaskan nasi dan mee. Salah satu makanan yang popular di sini adalah bulgogi.
- Lokasi: No G45, Block 6, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
- Waktu: 11:30 pagi – 10:30 malam
Lepas ini kalau teringin sahaja makanan Korea, anda pergi sahaja salah satu restoran popular ini di sekitar Lembah Klang. Harga yang berpatutan dan paling penting boleh feeling macam makan di Korea!
Baca juga: 10 Makanan Bawah RM10 Yang Anda Kena Cuba Di Family Mart