23 Hotel Murah Di Cherating Untuk Pilihan Percutian Anda
Apabila merancang untuk bercuti, lokasi pantai timur pasti menjadi pilihan ramai orang bukan? Selain daripada pelbagai aneka makanan seperti keropok lekor dan kuih-muih yang ‘rare’, pantainya juga antara tarikan yang menarik.
Disebabkan itu percutian di tepi pantai memang sangat sinonim dengan pantai timur. Ini kerana kebanyakan lokasi pantai di kawasan pantai timur cantik dan luas, mungkin juga disebabkan oleh pantainya mengadap laut Cina Selatan.
Antara destinasi pantai yang sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia ialah Pantai Cherating. Namun, jika anda ke Cherating, pelbagai tawaran yang penginapan yang pasti membuatkan anda pening kepala untuk memilih. Jadi di sini kami nak kongsikan kepada anda 23 hotel murah di Cherating untuk pilihan percutian anda.
1 – Suria Cherating Beach Resort
Terletak bersebelahan dengan Laut China Selatan, hotel sememangnya menawarkan bilik dengan permandangan laut terus jika menginap di sini. Selain itu, hiasan dan lanskap hotel ini juga cantik persis di luar negara dengan dikelilingi oleh pokok-pokok pine dan lanskap tropika yang menyejukkan pandangan mata.
Tambahan lagi, antara kemudahan yang disediakan resort ini yang dapat dinikmati dengan bayaran bawah daripada RM200 adalah kolam renang, tempat bermain netball, dan banyak lagi aktiviti pantai yang lain.
Harga: Dari RM155+ Semalaman
Alamat: Km 32.5 Jalan Kuantan, 26080 Cherating
2 – Tanjung Inn
Walaupun tidak menghadap laut. Tanjung Inn menawarkan sesuatu yang lain dari yang lain. Penginapan ala-ala bercamping namun tetap menawarkan keselesaan dan permandangan kolam yang cantik di luar.
Di sini terdapat 34 buah chalet dan juga 21 buah khemah selesa untuk pilihan anda. Walaupun chalet dan khemah, ia tetap mempunyai fasiliti seperti hotel biasa iaitu tilam bertaraf 5 bintang, kipas, plug, lampu bacaan, almari dan paip kecil.
Selain itu hotel ini juga menyediakan perpustakaan yang padat dengan pelbagai jenis buku, wifi, surau, playhouse kanak-kanak, taman yang lengkap dengan buaian dan yang paling best ialah restoran di tepi pantai!
Harga: Dari RM60+ Semalaman
Alamat: Tanjung Inn Jalan Cherating Lama, Kampung Cherating, Pahang, 26080 Kuantan
3 – Maznah Guest House
Maznah Guest House menawarkan penginapan yang menarik dengan suasana kampung sambil dikelilingi oleh pokok kelapa dan angin laut . Guest house nya pula direka seperti mengambil pengaruh reka bentuk bangunan Colmar di Perancis yang ringkas berwarna putih.
Suasana di sekitar guest house ini pasti mendamaikan jiwa sambil melepak di ruang balkoni dengan secawan teh. Untuk pengetahuan anda, anda boleh mendapatkan minuman kopi dan teh secara percuma pada bila-bila masa. Water dispenser turut disediakan di ruang makan.
Walaupun saiz sederhana, namun ianya lengkap dengan kemudahan moden seperti wifi percuma dan juga penyejuk udara yang menyegarkan.
Selain itu lokasinya strategik disebabkan berdekatan dengan tempat tarikan di Cheratin. Dari sini, anda boleh menuju ke banyak tarikan terkenal di sekitar Cherating tanpa perlu bergerak terlalu jauh seperti Limbong Art, Eksplorasi Kelip-Kelip & Paya Bakau serta Pusat Perlindungan Penyu Cherating yang terletak kurang 500 meter.
Harga: Dari RM78+ Semalaman
Alamat: Maznah Guest House, Lot 5624, Kampung Cherating Lama, 26080 Cherating
4 – De’ Chukai Hotel
De’ Chukai Hotel terletak di Kemaman, Terengganu. Walaupun jauh sedikit hotel daripada Cherating lebih kurang 18km, ianya amat berbaloi untuk bermalam di sini jika anda berhajat untuk bercuti di Cherating.
Hotel menawarkan bilik-bilik yang dihias ringkas namun lengkap dengan segala kemudahan untuk keselesaan dengan harga yang berpatutan. Terdapat 2 jenis bilik penginapan yang ditawarkan iaitu bilik double dan juga bilik single dari harga permulaan yang tidak melebihi RM60 semalaman.
Hiasan yang cantik dan keadaan hotel yang cukup bersih. Melangkah masuk ke dalam ruangan lobi hotel, anda akan disapa oleh aroma yang sungguh harum dan layanan kakitangannya yang penuh ceria. Ramai penginap yang memuji kualiti khidmat pelanggannya yang sangat menyejukkan hati.
Harga: Dari RM55+ Semalaman
Alamat: Jalan Bakau Tinggi Taman Kemaman, 24000 Kampong Kemaman
5 – Hotel Shafura 1
Hotel Shafura 1 terletak betul di Bandar Chukai, Kemaman.Lokasinya sekitar 15 km dari Cherating, namun hotel ini kami senaraikan kerana harganya yang sangat berbaloi untuk menginap di sini.
Reka bentuk bangunannya sangat menarik kerana ada elemen klasiknya serta berwarna putih. Malah hotel ini terletak bersebelahan dengan jalan utama memudahkan untuk anda keluar dan masuk.
Dari segi dalaman hotel pula, dekorasi dalaman berkonsep ala Inggeris dengan warna putih yang sejuk dipandang mata. Dari sini sudah jelas terpancar keselesaan yang bakal menanti di bilik.
Bilik-biliknya pula dihias dengan warna putih bagi mengekalkan konsep asalnya. Malah lengkap dengan kemudahan tilam yang empuk, bilik air, water heater, televisten dan paling penting ada kemudahan wifi percuma di sini.
Harga: Dari RM80+ Semalaman
Alamat: Lot 563 jalan abdul rahman, 24000 Cukai
6 – Hotel Shafura 2
Hotel Shafura 2 yang juga terletak di Chukai, Kemaman ini juga menawarkan pelbagai jenis penginapan untuk yang single ataupun sudah berkeluarga. Walaupun jaraknya dengan Cherating adalah 17.6 KM, hotel ini dapat memberikan keselesaan kepada anda dengan harga yang sangat berpatutan.
Kemudahan yang disediakan lengkap dan selesa serta berkualiti. Tahap kebersihannya juga begitu memuaskan hati. Selain itu hotel ini juga berdekatan dengan pusat bandar Chukai, mudah untuk anda dapatkan barang-barang keperluan anda untuk percutian anda di Cherating nanti!
Harga: Dari RM75+ Semalaman
Alamat: Lot 920 Lorong 13 Kampung Besut, 24000 Cukai
7 – OYO 850 Gold Star Hotel
OYO 850 Gold Star Hotel yang terletak di Chukai ini boleh dikategorikan berbaloi untuk bermalam kerana harganya yang murah dengan lokasinya. Bilik-bilik yang ditawarkan pula ringkas dan selesa dan lengkap dengan kemudahan fasiliti yang diperlukan.
Risaukan pasal makan di mana? Tidak perlu risau kerana hotel ini sangat dekat dengan pelbagai restoran mengikut citarasa tekak anda. Bosan duduk di hotel? anda boleh berjalan sekitar bandar Chukai kerana bandarnya hidup di waktu malam.
Untuk ke Cherating anda hanya perlu memandung sejauh 16.5km dan mungkin mengambil masa sekitar 19 Minit. Walaupun agak sedikit jauh namun ianya tetap berbaloi dengan harganya.
Harga: Dari RM71+ Semalaman
Alamat: K-99 Jalan Sulaimani Kampung Dusung Nyior, Chukai, 24000 Cukai
8 – Hotel Seri Geliga
Hotel Seri Geliga yang terletak di Chukai, Kemaman ini dikategorikan sebagai hotel dengan konsep yang minimal. Namun ianya tetap menawarkan bilik-bilik selesa yang lengkap dengan kesemua kemudahan fasiliti moden seperti televisyen, penghawa dingin dan wifi percuma.
Tahap kebersihannya pula juga sangat memuaskan hati. Disebabkan itu pengurus hotel berani untuk menggunakan warna putih sebagai warna dinding dan cadar tilam. Di sini anda boleh memilih pelbagai jenis bilik. Untuk 3 triple bed pun ada!
Bab makan tak perlu risau kerana hotel ini juga mempunyai cafe mereka sendiri. Walaubagaimanapun jika anda ingin mencuba makanan tempatan di restoran lain, tidak lah jauh untuk memandu.
Selain itu, lokasi hotel ini cukup strategik kerana terletak berdekatan dengan Pantai Mak Nik, stesen minyak, surau, supermarket dan banyak lagi. Walaupun terletak di Cukai, bagi anda yang ingin meneroka keindahan Cherating, jarak dari hotel ini hanyalah dalam sekitar 13 minit pemanduan.
Harga: Dari RM63+ Semalaman
Alamat: No 51666/51667 Jalan Geliga Besar, 24000 Cukai
9 – Santai Lots Cherating
Jika anda jenis yang utamakan harga yang murah dan lokasi yang dekat, Santai Lots Cherating mungkin boleh jadikan salah satu pilihan. Harga penginapan ini hanya RM60+ semalaman dan anda boleh menginap dengan ahli keluarga anda yang ramai.
Antara jenis penginapan yang ditawarkan adalah bilik bajet twin dan juga bilik triple yang masing-masing lengkap dengan bilik mandi peribadi. Kelengkapan yang disediakan juga cukup selesa dengan harganya.
Untuk ke pantai Cherating, anda hanya perlu berjalan kaki mengambil masa kira-kira dalam 5 ke 10 minit. Senaman yang bagus untuk kesihatan anda sambil menghirup udara pagi sambil dibelai angin pantai.
Harga: Dari RM63+ Semalaman
Alamat: Lot 770 Jalan Kemaman Kg Cherating Lama, 26080 Kuantan
10 – Skyview Hotel
Skyview Hotel terletak di Chukai, Kemaman adalah satu lagi hotel yang dikategorikan berbaloi harganya dengan kemudahan fasiliti dan keselesaan yang disediakan. Selain itu, kebersihan hotel ini juga sangat memuaskan hati. Anda boleh lihat sendiri hiasan biliknya yang nampak cantik dan kemas.
Lokasi hotel ini hanya 14.8 km ke Cherating dan mengambil masa kira-kira 16 minit sahaja untuk sampai ke Cherating dengan pemanduan kereta pada kelajuan 90km/j.
Hotel yang terletak dalam bangunan 3 tingkat ini juga lengkap dengan ruangan khas untuk melayari internet percuma dan ruang bacaan. Malah untuk mendapatkan barang-barang keperluan anda bercuti di Cherating ini sangat mudah di sini kerana berdekatan dengan pasaraya besar.
Harga: Dari RM112+ Semalaman
Alamat: K-7240 Jalan Jakar, Terangganu, 24000 Cukai
11 – Mandurah Hotel
Hotel Mandurah ini terletak di daerah Kuantan kira-kira 32.9 km dari pantai Cherating. Hotel ini dibina dengan reka bentuknya yang unik pasti mudah untuk dikenali jika anda bercadang untuk ke sini. Kedudukannya pula terletak di betul-betul bersebelahan dan mengadap laut Cina Selatan bakal menyajikan pemandangan yang mendamaikan jiwa kepada sesiapa yang menginap di sini.
Hotel ini sangat berbaloi kepada anda yang impikan percutian yang selesa, citarasa moden dengan harga yang sangat berpatutan. Jika anda lihat kepada hiasan dalam hotel dan bilik-biliknya, sangat cantik dengan hiasan warna natural seperti putih dan tona coklat untuk melahirkan rasa santai.
Hotel ini juga lengkap dengan restorannya sendiri yang menghidangkan pelbagai jenis hidangan enak untuk sarapan pagi anda. Memang sangat berbaloi seperti menginap di hotel-hotel 5 bintang di tengah bandar!
Harga: Dari RM153+ Semalaman
Alamat: D – 929216, Pantai Beserah,Jalan Kuantan – Kemaman, Pahang, 26100 Kuantan
12 – Century Inn Hotel
Hotel Century Inn hanya terletak hanyalah 17 minit perjalanan dari pantai Cherating, Hotel ini menawarkan bilik-bilik selesa sesuai untuk anda seisi keluarga mahupun yang datang berseorangan. Gabungan warna dekorasi dalaman bilik hotel pula cukup cantik dan tampak elegen.
Selain menjanjikan bilik yang selesa, hotel ini juga turut lengkap dengan kemudahan moden lain seperti wifi percuma dan penyejuk udara. Bagi yang suka menonton movie, siaran tv hotel ini juga sangat menarik dengan salah satu siaran yang ditawarkan adalah Fox Movies.
Harga: Dari RM114+ Semalaman
Alamat: K 9671, 9672, 9673, Jalan Kubang Kurus, 24000 Cukai
13 – Eastana Cherating Beach Resort
Apa yang menarik di Eastana Cherating Beach Resort ialah ianya berkonsepkan rumah tradisional Melayu menggunakan kayu berbanding batuan. Diluarnya pula dihiasi lanskap dan taman hijau menambahkan lagi kecantikan resort ini.
Kelengkapan fasiliti di sini memang memuaskan persis duduk di hotel. Malah apa yang ‘rare’ ialah di sini anda boleh melontarkan suara lunak di bilik karaoke. Jika lapar, anda boleh menikmati sajian enak di Restoran Surf Club sambil melihat pemandangan lautan yang membiru.
Lokasinya pula sangat strategik kerana anda hanya perlu berjalan kaki selama 2 minit untuk ke Pantai Cherating. Tarikan lain yang terletak berdekatan adalah seperti Pusat Perlindungan Penyu Cherating dan Limbong Art yang hanyalah berjarak 500 meter dari sini.
Harga: Dari RM120+ Semalaman
Alamat: Lot 1/772 Pantai Cherating, 26080 Cherating
14 – Royale Chulan Cherating Chalet
Jika anda mahukan penginapan yang tampak mewah dengan harga berpatutan, anda boleh menginap di Royale Chulan Cherating Chalet. Lokasi chalet ini sangat sesuai dengan percutian anda ke Cherating.
Bilik-bilik di hotel ini dihias cukup moden lengkap dengan kemudahan fasiliti persis di hotel mewah seperti peti ais mini, televisyen, penghawa dingin, water heater shower dan paling penting ialah wifi percuma!
Lokasinya chalet ini sangat strategik kerana berdekatan dengan tempat-tempat menarik lain seperti Limbong Art dan Eksplorasi Kelip-Kelip & Paya Bakau.
Harga: Dari RM197+ Semalaman
Alamat: Jalan Kampung Cherating Lama, 26080 Cherating
15 – Casa Adelia Guesthouse
Jika anda suka menginap di homestay berbanding hotel, Casa Adelia Guesthouse adalah sebuah penginapan yang sesuai untuk anda. Terdapat 2 homestay yang disediakan iaitu di Kemaman dan Kuantan. Kedua-dua lokasi tidak jauh dari Cherating, hanya 13 minit pemanduan dari guesthouse ini.
Casa Adelia Guesthouse adalah sebuah rumah teres satu tingkat yang lengkap dengan 2 buah bilik air dan 3 bilik tidur. Sangat sesuai jika anda mempunyai keluarga yang besar.
Seperti homestay homestay yang lain, Casa Adelia Guesthous ini juga lengkap dengan peralatan dapur untuk kemudahan anda seperti periuk nasi, pembakar roti, peti ais dan banyak lagi. Selain itu peralatan BBQ juga disediakan di Casa Adelia Guesthouse untuk anda dan keluarga bersantai di tepi pantai.
Harga: Dari RM110+ Semalaman
Alamat: No.413, Jalan BP 2/7 Taman Banggol Permai, Terangganu, 24000 Cukai
16 – Samsuria Beach Resort & Residence
Apartment mewah tepi pantai dengan harga berpatutan. Macam tak percaya je kan? Ya di Samsuria Beach Resort & Residence anda boleh dapat kriteria itu dengan harga di bawah RM250.
Selain mengadap pantai, apartment ini juga lengkap dengan kemudahan seperti kolam renang yang cukup luas dan gimasium dengan pemandangan kolam. MEmang mewah kan?
Bilik-bilik yang ditawarkan pula pelbagai jenis. Ada yang sebesar sebuah rumah. Sangat sesuai untuk anda yang mempunyai keluarga besar. Ada juga disediakan untuk yang datang solo.
Harga: Dari RM220+ Semalaman
Alamat: Jalan Sungai Ular Damai 1,Balok, Pahang, Malaysia Samsuria Beach Residence, 26080 Kampung Sungai Ular
17 – Kemaman Sands
Bagi anda yang bekerluarga dan ada kanak-kanak, penginapan yang lengkap dengan kolam renang pasti menjadi pilihan anda kan? Ini dia penginapan yang sesuai untuk anda iaitu Kemaman Sands. Lengkap dengan kolam renang dan taman permainan kanak-kanak pasti akan memberikan keseronokan kepada anda sekeluarga.
Bilik-bilik yang diseidakan di Kemaman Sands sangat eksklusif dan tampak moden. Rekaan dalamannya cukup elegen dengan menggunakan tona-tona warna natural dan sedikit gabungan warna-warni pada lukisan di dinding menghidupkan suasana bilik.
Apa yang menarik di sini adalah anda berpeluang untuk turut serta dalam aktiviti melepaskan bayi-bayi penyu ke dalam laut. Ya peluang ini hanya untuk penginap di sini kerana hotel ini turut terlibat dalam program pemuliharaan penyu.
Bab makan tak perlu risau kerana anda boleh singgah ke Restoran Cik Wan yang terletak hanyalah beberapa tapak dari hotel untuk merasa sata, otak-otak dan banyak lagi hidangan enak.
Harga: Dari RM143+ Semalaman
Alamat: Kemaman Sands 1403, Taman Sri Pantai, Kampung Geliga Besar,, 24000 Kampong Geliga Besar
18 – Home 2 Hotel Sdn Bhd
Hotel Home 2 Hotel Sdn Bhd terletak di bandar Chukai, Kemaman dan untuk ke Cherating hanyalah 15 minit pemanduan. Walaupun agak jauh dari Cherating, lokasi hotel ini strategik kerana terletak di bandar Chukai. Di sini pelbagai kemudahan dan keperluan boleh didapati termasuk pasaraya besar.
Walaupun saiz hotel ini tampak kecil dari luar, sebenarnya ia mempunyai pelbagai jenis bilik untuk dipilih sesuai untuk anda yang datang secara solo atau berkeluarga. Biliknya juga luas dan dihias dengan moden, cukup selesa untuk percutian bersama keluarga.
Harga: Dari RM108+ Semalaman
Alamat: Lot 10967,10968 & 10969 Jalan Jakar, 24000 Cukai
19 – De Rhu Beach Resort
De Rhu Beach Resort adalah sebuah resort yang cukup lengkap untuk pilihan percutian anda kerana fasiliti di sini cukup lengkap. Antara kemudahan yang tersedia adalah cafe, gym, taman permainan untuk kanak-kanak dan juga kolam renang beserta gelongsor.
Bilik-biliknya pula ada pelbagai jenis sesuai untuk anda yang berkeluarha besar atau bercuti dengan keluarga adik beradik. Pemandangan dari bilik pula sangat mengasyikkan kerana ada sesetengah bilik yang mengadap permandangan laut. Bangun pagi boleh lihat matahari terbit!
Harga: Dari RM155+ Semalaman
Alamat: 152, Sg Karang, Beserah, 26100 Kuantan
20 – Residence Inn Cherating
Residence Inn Cherating ini tampak penginapan yang mewah dan eksklusif kerana biliknya ada balkoni yang mengadap kolam renang yang kebiruan. Selain itu, fasiliti di sini lengkap persis hotel 5 bintang. Antaranya ialah adanya kemudahan gym dan kolam renang.
Bilik-bilik yang ditawarkan oleh Residence Inn Cherating agak luas, sesuai untuk penginapan bersama keluarga. Selain itu, Residence Inn Cherating juga lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti bar mini, TV bersaluran satelit serta wifi percuma!
Sekiranya anda ingin berbbq bersama keluarga, peralatan ini turut disediakan pihak hotel. Lokasi penginapan ini juga tidak jauh dari pantai. Anda hanya perlu berjalan kaki sekitar 1 minit sahaja.
Harga: Dari RM187+ Semalaman
Alamat: Lot 826 Mukim Sungai Karang Kuantan, 26080 Cherating
21 – Holiday Villa Beach Resort Cherating
Boleh kami katakan Holiday Villa Beach Resort Cherating berkonsepkan tradisional tetapi moden. Jika dilihat dari luaran, landskap yang hijau dengan dikelilingi pokok kelapa dan bangunannya seperti bangunan istana tradisional melayu.
Dari segi dalamn pula, konsep tradisional masih dikekalkan kerana hiasan lantai, dinding dan atapnya seolah-olah anda berada di kampung. Walaubagaimanapun, biliknya tetap luas dan eksklusif lengkap dengan fasiliti seperti di dalam hotel.
Bagi yang risaukan anak-anak kecil bermain pantai, di sini terdapat kolam renang untuk kanak-kanak dan juga dewasa. Selain itu ada juga pusat gimnasium dan juga spa yang memberikan rawatan ala-Bali.
Harga: Dari RM190+ Semalaman
Alamat: Lot 1303, Mukim Sungai Karang, 26080 Cherating
22 – Casa Titik
Casa Titik merupakan sebuah penginapan terletak betul di tepi pantai dengan konsep terbuka yang lengkap dengan taman yang indah. Terdapat juga kolam renang untuk knaak-kanak dan juga dewasa. Jadi lebih selamat untuk biarkan anak anda bermain kolam di sini sambil dipantau anda.
Di sini anda boleh aturkan pelbagai aktiviti bersama keluarga sebagai contoh mencanting batik, menunggang kuda, memancing, bermain pantai dan banyak lagi Yang menariknya, kawasan pantai di Casa Titik ini agak privasi, terasa seperti berada di pulau peribadi.
Antara fasiliti lain yang disediakan penginapan ini adalah dapur yang lengkap di mana anda boleh mendapatkan minuman dan kudapan untuk dinikmati sambil menikmati pemandangan sekitar hotel.
Harga: Dari RM200+ Semalaman
Alamat: Lot 27105, Jalan Kuantan-Kemaman, Sg. Baging, Mukim Sg. Karang, Kuantan, 26080 Cherating
23 – The Legend Cherating Beach Resort
Nama The Legend Cherating Beach Resort memang sesuai dengan tempatnya kerana lokasinya dekat dengan pantai. Memang betul legend! Kalau tak suka mandi pantai jangan risau kerana ada kolam yang luas untuk dewasa dan kanak-kanak supaya anda sekeluarga berenang dengan selamat.
Bilik-biliknya pula lengkap dengan fasiliti seperti di dalam hotel. Di waktu pagi atau petang anda boleh melepak di balkoni melayan perasaan sambil di temani permandangan laut dan angin laut.
Di samping itu, pelbagai aktiviti boleh dirancang untuk dilakukan bersama keluarga di Mizi Watersport Centre resort ini antaranya bermain volleyball, water polo, memanah dan lain-lain lagi. Semuanya boleh diatur dari resort.
Harga: Dari RM200+ Semalaman
Alamat: Lot 1290, Mukim Sungai, Karang, Cherating, 26080 Cherating
Sekian senarai untuk kali ini, terima kasih kerana telah meluangkan masa anda membaca sehingga ke penghujung artikel. Harga yang kami paparkan ada sewaktu kaijan kami. segala perubahan adalah tertakluk kepada penginapan itu sendiri. Jika anda rasa ada penginapan yang patut kami masukkan sekali dalam senarai kali oleh komen di ruangan komen. Terima kasih!